Sejarah Hitsugaya_Tōshirō

Hitsugaya dan Hinamori berkawan sejak kecil.

Hitsugaya berasal daripada Junrinan, Daerah 1 Rukongai. Di sana dia tinggal bersama-sama neneknya dan Hinamori Momo. Dia juga merupakan kawan baik Jidanbō, iaitu Penjaga Pintu Barat, dan telah mengajarnya "undang-undang bandar raya."[4]

Semasa kecil, Hitsugaya berkelakuan agak nakal dengan tingkah-laku yang menyendirikan dirinya daripada orang lain, kecuali neneknya dan Hinamori. Hinamori suka memanggilnya "Shiro-chan", dan Hitsugaya menempelak Hinamori dengan memanggilnya "Momo kencing katil." Mereka bertiga berkawan rapat, dan Hitsugaya berasa marah apabila Hinamori meninggalkannya untuk menyertai akademi shinigami. Sepanjang zaman kanak-kanaknya, Hitsugaya selalu merasakan kewujudan sesuatu yang "sejuk" di dalam dirinya, Lima tahun selepas pemergian Hinamori, Hitsugaya bertemu dengan Matsumoto Rangiku, yang hanya merupakan shinigami biasa pada waktu itu, di sebuah pasar. Mereka berdua bergaduh, dan pada saat inilah Rangiku menyedari kekuatan semangat Hitsugaya yang tersembunyi.

Malam tersebut, Hitsugaya telah bermimpi bertemu dengan Hyōrinmaru buat pertama kalinya, meskipun dia gagal mendengar nama roh tersebut. Dia terjaga dan mendapati Rangiku menegurnya kerana dia gagal mengawal kuasanya, yang telah membeku neneknya. Rangiku telah menyakinkan Hitsugaya bahawa kuasa yang dimilikinya hendaklah dikawal dengan betul, dan supaya menjadi seorang shinigami.[5] Dengan bakat semula jadi yang dimiliki oleh Hitsugaya, dia telah menyertai akademi shinigami meskipun masih mentah dan diangkat sebagai budak pintar dan genius, dengan pantas muncul sebagai kapten Divisyen ke-10, dan ironiknya, Rangiku diletakkan sebagai leftenannya.

Hinamori masih memanggil Hitsugaya "Shiro-chan" disebabkan kebiasaan memanggilnya begitu sejak kecil, dan masih berasa ingin melindunginya. DI atas janji yang dilakukannya, Hinamori mula memanggilnya "Hitsugaya-kun" selepas dia mencapai tahap shikai zanpakutōnya, justeru diiktiraf sebagai shinigami. Dengan bakat dan kebolehan yang tinggi, Hitsugaya kekal sebagai kapten yang termuda dalam Gotei 13.