Hogsmeade
Hogsmeade

Hogsmeade

Perkampungan Hogsmeade, atau lebih dikenali sebagai Hogsmeade merupakan sebuah kawasan desa rekaan di dalam siri Harry Potter oleh J. K. Rowling. Hogsmeade dikatakan hanya satu-satunya perkampungan di England yang kesemua penduduknya merupakan ahli sihir. Perkampungan ini terletak di timur laut Hogwarts. Para pelajar Hogwarts yang berada di tahun ketiga dan keatas dibenarkan untuk melawat perkampungan ini semasa lawatan berkala, untuk ke kedai-kedai yang ada ataupun untuk bergaul dengan rakan-rakan tanpa penjaga, selagi mereka mempunyai surat kebenaran dari ibu bapa atau penjaga mereka. Kebanyakan pelajar-pelajar ini sering mengunjungi bahagian kawasan ini yang mempunyai banyak kedai atau kedai minuman. Jika tidak, mereka sekadar berjalan-jalan untuk melihat Gubuk Menjerit. Hogsmeade pertama kali dimasukkan ke dalam filem ialah semasa filem ketiga Harry Potter Harry Potter and the Prisoner of Azkaban pada tahun 2004. Ia kemudiannya muncul semula dalam filem kelima, Harry Potter and the Order of the Phoenix pada tahun 2007. Di dalam kedua-dua filem, kawasan ini digambarkan sebagai kawasan yang diliputi salji.[1]