Hoki_Cabaran_Juara-Juara_I_2011

Kejohanan Hoki Cabaran Juara-Juara I 2011 merupakan kejohanan yang dianjurkan oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa. Edisi keenam kejohanan Hoki Cabaran Juara-Juara I ini bermula pada 26 November hingga 4 Disember 2011 dan berlangsung di Johannesburg, Afrika Selatan.Pasukan hoki Belgium menjuarai kejohanan ini buat pertama kali setelah menewaskan pasukan hoki India 4–3 di dalam perlawanan akhir.[1]