Hoki_Piala_Eropah

Kejohanan Hoki Piala Eropah juga di kenali sebagai Hoki Piala Negara-Negara Eropah adalah pertandingan hoki antarabangsa lelaki dan wanita yang dianjurkan oleh Persekutuan Hoki Eropah (EHF) untuk lapan pasukan kebangsaan teratas Eropah. Ia merupakan bahagian teratas Kejohanan Hoki Piala Negara-Negara Eropah. Kejohanan ini bermula pada tahun 1970 sebagai satu pertandingan untuk pasukan lelaki negara, maka persaingan wanita telah ditambah pada tahun 1980, dan pertandingan Remaja beberapa lama selepas itu. Pertandingan ini kini diadakan sekali setiap dua tahun, manakala sebelum 2003 ia pernah setiap empat tahun. Apabila kejohanan itu diadakan dekat dengan Sukan Olimpik Musim Panas atau Hoki Piala Dunia, pemenang kejohanan itu dianugerahkan tempat dalam pertandingan itu.Pertandingan 2013 telah diadakan di Boom, Belgium dari 17 hngga 25 Ogos 2013.[1]