Keluarga Howard_Schultz

Pada 5 Ogos 2010, akhbar Daily Mirror melaporkan Howard Schultz seorang bilionair yang membesar dalam keluarga miskin di Brooklyn, New York. Beliau pernah tinggal di kawasan perumahan subsidi Canarsie khas untuk golongan miskin. Bapanya pemandu trak tentera Amerika Syarikat. Pada 1962 ayahnya patah tulang kaki yang serius dan sukar bekerja. Ibunya Elaine berharap sangat kepada dua adiknya iaitu Ronnie dan Michael.

Beliau aktif sukan besbol, bola sepak dan bola keranjang dan dapat biasiswa sukan dari Northern Michigan University. Dia mendapat ijazah komunikasi pada 1975.