Huan Tan (
Cina: 桓譚, sekitar
43 SM–
28 M)
[1] ialah seorang ahli
falsafah Cina yang giat pada zaman
Dinasti Han (202 SM–220 M) dan zaman peralihan
Dinasti Xin yang singkat (9–23 M). Ragam fahaman falsafah Huan berasal dari tradisi realis Catatan Lama yang disokong oleh ahli-ahli falsafah sezaman yang lain seperti ahli falsafah
naturalis dan
mekanistik,
Wang Chong (27–sekitar 100) yang dikatakan oleh
Rafe de Crespigny sebagai kuat dipengaruhi oleh Huan Tan.
[1] Huan merupakan sahabat akrab dengan ahli falak dan ahli matematik istana,
Liu Xin (m. 23 SD) as well as the author and poet
Yang Xiong (53 SM–18 M), dan berkhidmat sebagai pegawai di bawah pemerintahan
Ai (27–1 SM),
Wang Mang (9–23 M),
Gengshi (23–25 M), dan
Guangwu (25–57 M).
[1]Selain pelbagai karya rapsodi, esei dan memorialnya, karya utama Huan merupakan Xinlun (新論), atau "Perbincangan Baru", yang dikagumi oleh Maharaja Guangwu, biarpun nama baik Huan Tan tercemar kerana kononnya merapatkan diri dengan rejim perampas kuasa Wang Mang.
[1] Xinlun ini juga merupakan naskhah terawal yang memerikan peranti
tukul tangkai yang dikuasakan oleh
hidraulik (iaitu
roda air) untuk menghancurkan dan mengupas kulit biji-bijian.
[2]