Pengaruh Huang-Lao

Pemikiran Huang-Lao mempengaruhi banyak ahli falsafah terkemuka China dan pegawai dari kurun ke empat sehingga kurun kedua BCE. Sesetengah pemikir contoh termasuk Shen Buhai (c. 400 – 337 BCE), Shen Dao (c. 360 – c. 285 BCE), Confucian Xunzi (c. 335 – c. 238 BCE), Mohist Song Xian (c. 334 – 301 BCE), naturalist Zou Yan (c. 305 – c. 240 BCE), and Legalist Han Feizi (c. 280 – c. 233 BCE). Dua menteri berpengaruh bagi Maharaja Gaozu dari Han dilaporkan mengkaji dan melaksanakan ideologi politik Huang-Lao, Chancellors Cao Shen (d. 190 BCE) dan penggantinya Chen Ping (d. 178 BCE) menggunakan polisi wuwei ("tiada tindakan") dan membawa keamanan dan kestabilan bagi negeri Qi (van Ess 1993:163). Chao Cuo (d. 154 BCE), Chancellor kepada Maharaja Jing, merupakan satu lagi contoh pegawai Huang-Lao. Dia percaya bahawa pemerintahan imperial patut menggabung Huang-Lao dan Confucianism, dengan hukuman disokong dengan hadiah, dan paksaan dikurangkan dengan pujukan. (Fu 1993:49)

Para sarjana mengenalpasti pelbagai tulisan Huang-Lao dalam klasik China. Cadangan termasuk sebahagian Daoist Zhuangzi (Schwartz 1985:216), penyatuan Huainanzi (Major 1983:8-14 and 43-53), seksyen sejarah Guoyu ("Perbincangan mengenai Negeri"), Chunqiu Fanlu ("Annal Embun Mewah Musim Bunga dan Luruh"), dan Lüshi Chunqiu ("Annal Musim Bunga dan Musim Gugur Mister Lü"), Heguanzi (鶴冠子 "Book of Master Pheasant-Cap"), dan buku tentera Huang Shigong San Lüe ("Tiga Strategi Huang Shigong"). Randall P. Peerenboom (1990) mengkritik kecenderungan bagi mengelaskan kesemua teks bersama-sama dan membuat "Huang-Lao" sebagai tong sampah dengan menyapu semua benda kedalamnya."

Selain teks diterima ini, bibliografi perpustakaan imperial dikekalkan di (111 CE) Hanshu ("Sejarah Han") menyenaraikan banyak judul buki dengan nama Maharaja Kuning. Bagaimanapun, dengan pengecualian buku perubatan Huangdi Neijing ("Maharaja Kuning Klasik Dalaman"), kesemua dipercayai musnah atau hilang – sehingga jumpaan Mawangdui baru-baru ini.

Rujukan

WikiPedia: Huang-Lao http://www.docin.com/p-12991319.html http://books.google.com/?id=qxgLcrLL-IIC http://books.google.com/books?id=IPl65YAQxI8C http://books.google.com/books?id=lhAhAAAAMAAJ&dq=h... http://books.google.com/books?id=uGZIziWmlmsC http://chinaknowledge.de/Literature/Daoists/huangd... http://www.indiana.edu/~g380/4.8-Huang-Lao-2010.pd... http://bhoffert.faculty.noctrl.edu/HST330/012.Huan... http://www0.hku.hk/philodep/ch/Status_LZ.htm http://www.afec-en-ligne.org/IMG/pdf/12-2VanHess.p...