Sejarah Huang-Lao

Falsafah Daoist Huang-Lao diterima di istana Han Barat oleh Emperor Wen (r. 180 – 157 BCE) dan Emperor Jing (r. 157 – 141 BCE), sebelum Emperor Wu (r. 141– 87 BCE) menetapkan Confucianism sebagai falsafah negara. Dalam tempoh Han Timur, Huang-Lao kembali digemari antara 88-92 CE ketika Ratu Dou memerintah sebagai dowager antara pemerintahan suaminya Maharaja Zhang dan anaknya Maharaja He.

Hans van Ess (1993:173) menganalisa hikayat hidup individual Shiji dan Hanshu kurun ke-2 BCE yang digambarkan sebagai pengikut "Huang-Lao", dan mendapati mereka samaada sebagai ahli puak Huang-Lao atau Ru "Confucian" dan puak Fa "Legalist". Dengan itu sejarahwan Sima Qian menggunakan istilah Huang-Lao "sebagai ciri-ciri seseorang yang termasuk pada puak (“faction“) politik yang mana puak (“faction“) dia juga termasuk." Ahli dalam sejarah puak Huang-Lao memiliki tiga polisi politik yang sama: "menentang kempen di utara " terhadap Xiongnu, "kaitan pada keluarga bebas dan kaya dengan pangkalan kuasa jauh dari ibukota " di Chang'an, dan "menentang langkah bagi melucutkan raja feudal dari kuasa mereka."

Huang-Lao kemungkinannya pergerakan terawal yang menghubungkan bersama Laozi, Zhuangzi, pendewaan Huangdi, Aliran Semulajadi (“School of Naturalists”), unsur-unsur keparcayaan rakyat Cina, dan aspek dari Aliran Seratus Sekolah yang lain. Ini akan menjadi ramuan kasar bagi Taoism.

Semasa tempoh Han Timur, pergerakan Cara Pakar Langit ("Way of the Celestial Masters" memasukkan teknik kekal hidup Daoist bersama pemikiran Huang-Lao, dan dikaitkan dengan Pemberontakan Serban Kuning dan Pemberontakan Lima Patuk Beras (184 – 215 CE). "Kemudian, hampir kesemua teks awal dan pengetahuan mengenai Huang-Lao asal telah hilang.." (Yates 2008:508)

Rujukan

WikiPedia: Huang-Lao http://www.docin.com/p-12991319.html http://books.google.com/?id=qxgLcrLL-IIC http://books.google.com/books?id=IPl65YAQxI8C http://books.google.com/books?id=lhAhAAAAMAAJ&dq=h... http://books.google.com/books?id=uGZIziWmlmsC http://chinaknowledge.de/Literature/Daoists/huangd... http://www.indiana.edu/~g380/4.8-Huang-Lao-2010.pd... http://bhoffert.faculty.noctrl.edu/HST330/012.Huan... http://www0.hku.hk/philodep/ch/Status_LZ.htm http://www.afec-en-ligne.org/IMG/pdf/12-2VanHess.p...