Hubungan_Malaysia–Turki
Hubungan_Malaysia–Turki

Hubungan_Malaysia–Turki

Hubungan Malaysia - Turki boleh dikatakan rapat walaupun jarak dua negara ini jauh. Ini kerana Turki pernah menjadi kuasa besar Islam yang menaungi Baitullah di Mekah, arah kiblat orang Islam dan pernah mendapat gelar penaung dua tanah suci sekitar tahun 1517 hingga 1922. Negara itu berpenduduk lebih 80 juta sementara Malaysia 27 juta. Kuala Lumpur dan Ankara memulakan hubungan diplomatik pada 1964. Turki mewarisi sejarah Empayar Saljuk , Empayar Uthmaniyah dan bumi Anbia.Dari segi geografi, Turki, separuh badannya dalam benua Asia, setengah lagi di Eropah agak tidak tercakup sebenarnya dalam keakraban hubungan luar Malaysia sejak sekian lama.Dalam tempoh tiga dekad ini (1980-2011), tidak ada kelibat Perdana Menteri Malaysia ke sana atas platform rasmi. Cuma Datuk Seri Najib ‘Razak memecahkannya’ pada 2011 dan disusuli kunjungan terbaharu beliau 17 April 2014.[1]Turki mempunyai kedutaan di Kuala Lumpur, dan Malaysia mempunyai kedutaan di Ankara.[2] Kedua-dua negara adalah ahli penuh Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Kedua-dua negara juga dikelaskan sebagai kuasa serantau di kawasan masing-masing.