Hubungan dua hala merujuk kepada perhubungan politik dan kebudayaan antara dua
negara.Kebanyakan perhubungan dilakukan secara dua hala. Contoh-contoh ini adalah perjanjian antara dua negara, penukaran
duta, dan lawatan negara. Alternatif kepada hubungan dua hala adalah
hubungan pelbagai hala dan
tindakan sehala, apabila satu negara memilih untuk bertindak sendiri.Terdapat debat yang panjang mengenai perhubungan dua hala atau pelbagai hala. Penolakan hubungan dua hala pertama tiba selepas
Perang Dunia Pertama apabila ramai ahli politik mendapati bahawa sistem perjanjian dua hala sebelum perperangan telah menjadikan perang sebagai tidak dapat dielakkan. Ini memyebabkan kewujudan
Liga Bangsa-Bangsa.Reaksi yang serupa berkenaan perjanjian perdagangan dua hala wujud selepas
Kemelesetan Besar, apabila ia didapati bahawa perjanjian yang sedemikian menyebabkan peningkatan tarif yang tinggi sehingga menyebabkan kemelesetan ekonomi. Jadi, selepas
Perang Dunia Kedua, Barat telah menggunakan perjanjian pelbagai hala seperti
Persetujuan Awam mengenai Tarif dan Perdagangan (GATT).Meskipun profil tinggi sistem-sistem pelbagai hala seperti
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan
Pertubuhan Perdangangan Dunia, kebanyakan diplomasi masih dilakukan pada peringkat dua hala. Hubungan dua hala mempunyai fleksibiliti dan kemudahan yang tidak terdapat dalam sistem pelbagai hala yang berkompromi terlalu banyak. Sebagai tambahan pula, ketidaksenambungan kuasa, sumber, wang, ketenteraan atau teknologi lebih mudah didapatkan oleh pihak yang lebih kuat dalam perhubungan dua hala, di mana negara-negara kuat sifatkan sebagai kebaikkan sistem ini, berbanding dengan sistem pelbagai hala yang memerlukan sepersetujuan.