Huldrych (atau
Ulrich/Ulricht Zwingli) (1 Januari 1484 – 11 Oktober 1531) merupakan seorang pemimpin
Reformasi Protestan di Switzerland. Beliau dilahirkan ketika zaman patriotisme
Swiss, iaitu ramai orang Swiss menjadi askar upahan dan menerima kritikan yang hebat. Beliau pernah ke
Universiti Vienna dan
Universiti Basel iaitu tempat pendidikan utama pada ketika itu.Pada tahun 1518, Zwingli menjadi
paderi di
Grossmünster di
Zurich di mana beliau mula mengajar idea-idea pembaharuan agama
Gereja Roman Katolik. Dalam kontroversi pertama beliau pada tahun 1522, beliau menentang
adat berpuasa ketka
Lent. Dalam 1525, Zwingli memperkenalkan "
Perjamuan Tuhan"
liturgi yang baharu untuk menggantikan
Mass. Reformasi oleh Zwingli merebak ke beberapa kanton di Switzerland namun beberapa kanton yang lain kekal dengan ajaran
Katolik. Zwingli membentuk satu pakatan kanton yang dibahagikan mengikut garisan agama. Pada tahun 1529, perang saudara antara kedua-dua pihak telah dielakkan ketika saat-saat akhir. Sementara itu, idea-idea Zwingli telah menarik perhatian
Martin Luther dan pemimpin Reformasi yang lain. Pada tahun 1531. perikatan Zwingli telah merancang untuk menyekat makanan di kanton Switzerland yang menganut Katolik. Namun, perancangan ini gagal. Kanton Katolik kemudiannya bertindak balas dengan melancarkan serangan ke atas Zurich. Zwingli terbunuh dalam pertempuran ketika beliau baru berusia 47 tahun. Legasi dan perjuangan beliau tetap diingati oleh rakyat Swiss sehingga hari ini.