Keistimewaan Hulu_Semenyih

Muka bumi kawasan ini sebahagiannya tanah tinggi yang berbukit-bukit.

Hulu Sungai Semenyih telah diempang pada tahun 1984 untuk dijadikan Empangan Semenyih. Empangan Semenyih bukanlah empangan janakuasa hidro elektrik .Tetapi empangan ini semata-mata untuk empangan bekalan air bagi menampung permintaan bekalan air Lembah Kelang, Kuala Lumpur, Putrajaya dan daerah Hulu Langat.

Terdapat dua buah air terjun di Hulu Semenyih iaitu air terjun Sungai Tekala dan Sungai Batangsi. Kolam air panas juga terdapat di sini. Ramai pengunjung mandi di sini . Bilangan pengunjung pada hari Sabtu dan Ahad meningkat kepada 5000 orang .

Kawasan ini masih mengekalkan hutan rimba yang tebal iaitu [Hutan Simpan]] Sungai Lalang dan Sungai Tekala. Hutan simpan ini berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan . Beberapa kali hutan simpan ini diceroboh oleh syarikat pembalakan.

Beberapa bekas lombong bijih timah telah dijadikan kolam ikan , kolam rekreasi dan tapak perkhemahan. Contohnya ialah Seri Bayu Resort, Sukida Resort dan lombong ikan Pak Amin.

Sebuah bekas lombong di Kampung Pasir dijadikan Kem Setia Ikhlas untuk Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Sebuah bekas lombong telah dikambus semula dan didirikan kawasan perumahan Taman Ria. Sebuah lagi kawasan lombong ialah Taman Seri Haneco.

Ladang-ladang getah yang tidak lagi produktif, tidak lagi menguntungkan telah djadikan kawasan perkuburan mega mewah untuk orang Cina dan yang berugama Kristian. Kubur ini diuruskan oleh sebuah syarikat swasta, Nirwana Sdn Bhd.

Ladang burung Ostrich yang dinamakan Ostrich Wonderland telah mula beroperasi sejak tahun 2000 lagi. Ladang ini semakin luas dan berkembang maju. Ramai penduduk tempatan bekerja dengan ladang ostrich ini.