Huynh_Cong_Ut
Huynh_Cong_Ut

Huynh_Cong_Ut

Huynh Cong Ut, juga dikenali sebagai Nick Ut (lahir 29 Mac, 1951) adalah seorang jurugambar Associated Press yang berpengkalan di Los Angeles. Beliau terkenal kerana memenangi Hadiah Pulitzer untuk gamabrnya yang menunjukkan kanak-kanak Vietnam Phan Thị Kim Phuc yang berlari sambil berbogel menuju kamera kerana badannya terbakar terkena bom napalm semasa Perang Vietnam. Nick Ut dilahirkan di Long An, Vietnam, dan mula mengambil gambar untuk Associated Press sejak berumur 16 tahun selepas abangnya Huynh Thanh My, seorang jurugambar terbunuh di Vietnam.