Penerbitan I.D.

Razaisyam Rashid berkata mengenai drama ini: "Idea I.D tercetus apabila melihat persekitaran saya, di mana orang muda sekarang kebanyakkannya hidup dalam dunia digital. Jadi saya cuba salurkan suara orang muda dan cabaran zaman sekarang menerusi sebuah karya, maka terhasillah I.D".[4]

Ini merupakan drama Astro Originals kedua yang dibintangi oleh Naim Daniel selepas Projek: High Council (2023) dan ini juga merupakan drama pertama lakonannya yang menampilkan beliau memegang dua watak.[5]