Premis I.D.

Aidi, seorang pereka aplikasi yang telah mencipta aplikasi yang diberi nama BEBAS, sebuah aplikasi penting yang digunakan sewaktu penularan wabak dengan menempatkan maklumat dan data peribadi pengguna bagi tujuan pemakluman maklumat terkini. Jazman, seorang pengurus syarikat di mana tempat Aidi bekerja telah memecat Aidi tanpa sebarang alasan yang munasabah.

Dendam Aidi terhadap Jazman terus memuncak, ditambah pula apabila melihat kemesraan Anggun, gadis idaman Aidi, sering bersama Jazman. Akibat dendam, Aidi telah mencuri 27.7 juta data pengguna daripada aplikasi BEBAS dan mencipta watak baharu bernama Tengku Remy di alam maya untuk berkenalan dengan Anggun.

Data yang digodam oleh Aidi juga telah dijual kepada pihak yang tidak bertanggungjawab demi mendapat keuntungan yang berlipat ganda. Namun tanpa disedari, aktiviti haram yang dilakukan ini telah menjerumus kepada masalah besar yang bakal menimpa Aidi.