Ciri-ciri IPad_(Generasi_Keempat)

Cip Apple A6X

Spesifikasi

Peranti ini dilengkapi dengan SoC Apple A6X yang mengandungi dual-core CPU Apple Swift 1.4 GHz, pemproses grafik quad-core PowerVR SGX554MP4 dan ingatan 1 GB RAM.[12] Ia juga mempunyai kamera belakang 5 megapiksel, yang berupaya untuk rakaman video 1080p; dan juga kamera depan HD 720p direka untuk FaceTime. Resolusi paparan adalah 2048 x 1536 (QXGA) dengan 3.1 juta piksel, empat kali lebih banyak daripada iPad 2. iPad generasi keempat tidak dilengkapi dengan dok 30-pin seperti iPad sebelum ini, sebaliknya hanya dilengkapi dengan dok 8-pin yang dipanggil Lightning. Sambungan Lightning diumumkan semasa pelancaran iPhone 5 pada 12 September 2012.[13]

Seperti generasi-generasi sebelumnya, iPad ini juga menggunakan bateri cas semula polimer ion lithium (LiPo). iPad telah direka untuk di cas dengan arus tinggi 2 ampere dengan menggunakan pengecas 12 W yang telah disediakan menggunakan kabel USB. Walaupun ia kelihatan boleh dicaskan melalui sambungan ke komputer, ia hanya terhad kepada 500 miliampere sahaja. Hasilnya, jika disambungkan ke port USB komputer biasa, ia akan mengecas dengan perlahan, atau tidak akan mengecas langsung.[14]

Semua iPad mempunyai ketersambungan Wi-Fi dan Apple kali ini menawarkan 2 model, A1459 (atau model AT&T) dan A1460 (model Verizon/Sprint). Kedua-dua model ini mempunyai gelombang LTE yang berbeza dimana model AT&T menggunakan LTE 700 dan 1700 MHz, manakala Model Verizon/Sprint menggunakan 700, 850, 1800, 1900 dan 2100 MHz.[15] Ini bertujuan untuk membenarkan perayauan LTE antarabangsa sekaligus dapat mengelak kontroversi semasa generasi ketiga dikeluarkan. Apple ada menyenaraikan senarai negara serta pembekal perkhidmatan LTE di laman sesawang mereka.

Perisian

Generasi keempat iPad ini dilengkapi dengan iOS 6.0.1. Selain mempunyai perisian asas seperti Safari, Mel, Foto, Video, Youtube, iTunes, Muzik, App Store, Peta, Nota, Pusat Permainan, Photo Booth, Kenalan dan Kalendar, ia juga mempunyai perisian kawalan suara, Siri. Seperti peranti iOS yang lain, iPad boleh menyelaraskan kandungan dan lain-lain data dengan Mac atau PC menggunakan iTunes. Walaupun iPad tidak direka untuk membuat panggilan telefon menggunakan jaringan selular, pengguna boleh menggunakan perisian VoIP seperti Skype untuk membuat panggilan.

Perisian kawalan suara Siri, adalah iPad yang pertama untuk keluarga iPad yang dilengkapi Siri tanpa memerlukan pengguna menaiktaraf iOS mereka. Ini membolehkan pengguna menggunakan arahan suara untuk membuka aplikasi, permainan, mengarang mel, atau bertanya sesuatu mengenai pelbagai maklumat seperti cuaca dan pengetahuan am.[16]

Aksesori

Aksesori yang telah diperkenalkan untuk iPad 2 boleh digunakan juga untuk iPad (Generasi keempat) ini. Antaranya adalah Smart Cover. Smart Cover adalah pelindung skrin yang melekat pada permukaan skrin iPad menggunakan magnet. Pelindung ini boleh dilipat tiga untuk dijadikan sebagai penyangga iPad. Smart Cover direka supaya lebih minimal, mudah ditanggal, dan hanya melindungi skrin sahaja. Apabila pelindung ini dialihkan, ia akan membangkitkan iPad daripada tidur.[17]

Apple juga memperkenalkan beberapa aksesori yang lain, kebanyakannya dibuat untuk penyambung Lightning, satu-satunya port yang ada selain daripada bicu fon kepala. Selain itu, terdapat juga aksesori tanpa wayar yang menggunakan sambungan Bluetooth.

Rujukan

WikiPedia: IPad_(Generasi_Keempat) http://www.abc15.com/dpp/news/science_tech/ipad-4-... http://support.apple.com/kb/HT4060 http://www.apple.com http://www.apple.com/ipad/ http://www.apple.com/pr/library/2012/10/23Apple-In... http://appleinsider.com/articles/12/10/22/images-o... http://arstechnica.com/apple/2012/10/third-gen-ipa... http://bgr.com/2012/10/16/ipad-mini-launch-date-ev... http://news.cnet.com/8301-13579_3-57528109-37/ipad... http://www.engadget.com/2012/09/12/apple-details-n...