Sejarah IPad_(Generasi_Ketiga)

Spekulasi mengenai iPad (Generasi ketiga) mula didengari tidak lama selepas pelancaran iPad 2. Spekulasi ini semakin rancak dengan maklumat pelbagai komponen dalaman iPad (Generasi ketiga) mula bocor. Ketika ini, peranti ini dipanggil "iPad 3".[7] Nama ini masih digunakan oleh pengguna sehingga kini walaupun ini bukan merupakan nama rasmi.

Pada 28 Februari 2012, Apple telah menjemput media untuk hadir ke satu acara pada 7 Mac 2012 di Yerba Buena Center for the Arts.[8] Walaupun Apple tidak menyatakan sebarang maklumat lanjut mengenai acara tersebut, para media membuat anggapan bahawa ia mungkin berkenaan pelancaran iPad yang baru, ini merujuk kepada spekulasi-spekulasi dan lokasi ini sering kali dipilih untuk melancarkan produk terbaru Apple. Pengumuman jemputan ini memberi kesan positif kepada pasaran komputer tablet terpakai.[9]

Pada 7 Mac 2012, Apple - seperti yang disangka - mengumumkan iPad terbaru mereka. Walaubagaimanapun nama yang diberikan bukanlah "iPad 3" seperti disangka, sebaliknya CEO Apple, Tim Cook hanya menggunakan nama "The New iPad" atau "iPad Terbaru".[10]

iPad (Generasi ketiga) mula dijual pada 16 Mac 2012 di lapan buah negara antaranya Amerika Syarikat, Jepun dan Singapura.[1] Ia mula dijual secara berperingkat di negara lain. Pada 20 April 2012, iPad (Generasi ketiga) memasuki pasaran Malaysia bersama Korea Selatan dan 10 lagi negara yang lain.[2]

iPad ini mula mencetuskan kontroversi apabila keupayaan 4G seperti yang diiklan tidak boleh digunakan di negara luar Amerika Utara.[11] Ini mengakibatkan Apple dikenakan tindakan dan menukar perkataan 4G kepada selular di laman sesawang mereka untuk mengelakkan kekeliruan.[12] Para pengguna sekali lagi tidak berpuas hati apabila iPad (Generasi keempat) diumumkan pada 23 Oktober 2012, dan Apple membuat keputusan untuk menghentikan jualan iPad (Generasi ketiga) manakala iPad 2 pula diteruskan jualannya.[6] iPad (Generasi ketiga) masih dijual tanpa perubahan harga di negara-negara yang masih belum menerima stok iPad (Generasi keempat).

Rujukan

WikiPedia: IPad_(Generasi_Ketiga) http://9to5mac.com/2012/03/02/apple-prepares-yerba... http://allthingsd.com/20120209/apple-to-announce-i... http://www.apple.com http://www.apple.com/ipad/ http://www.apple.com/pr/library/2012/03/14New-iPad... http://www.apple.com/pr/library/2012/03/19New-iPad... http://news.cnet.com/8301-1035_3-57414535-94/new-i... http://news.cnet.com/8301-30686_3-57395687-266/wil... http://articles.cnn.com/2012-03-07/tech/tech_mobil... http://www.computerworld.com/s/article/9224763/Loo...