Ciri-ciri IPad_(Generasi_Ketiga)

Spesifikasi

iPad generasi ketiga ini dilengkapi dengan SoC Apple A5X, dengan quad-core pemproses grafik, kamera belakang 5 megapiksel yang berupaya mengambil video 1080p, dan kamera depan berkualiti VGA direka untuk FaceTime. Resolusi paparan adalah 2048 x 1536 dengan 3.1 juta piksel, empat kali lebih banyak daripada iPad 2. Walaubagaimanapun, iPad generasi ketiga ini lebih tebal daripada iPad 2 dengan lebih tebal sebanyak 0.6 mm. Ia juga lebih berat 51 gram daripada iPad 2 (model Wi-Fi).

Salah satu ciri utama iPad ini adalah paparan Retina membolehkannya memaparkan grafik lebih baik dan jelas berbanding dengan generasi sebelumnya. Dengan adanya paparan retina juga, iPad ini berupaya untuk memaparkan video dengan kualiti HD, manakala kepadatan piksel 261 ppi membuatkan pembacaan lebih baik.[13]. Ini disokong dengan pemproses grafik PowerVR SGX543MP4 di mana Apple menyatakan ia 4 kali lebih berkuasa daripada Nvidia Tegra 3.[14]

Perisian

iPad (Generasi ketiga) dilancarkan bersama iOS 5.1. Seperti iPad yang sebelumnya, ia dilengkapi dengan perisian asas seperti Safari, Mel, Foto, Video, Youtube, iTunes, Muzik, App Store, Peta, Nota, Pusat Permainan,Photo Booth, Kenalan dan Kalendar. Seperti peranti iOS yang lain, iPad boleh menyelaraskan kandungan dan lain-lain data dengan Mac atau PC menggunakan iTunes. Walaupun iPad tidak direka untuk membuat panggilan telefon menggunakan jaringan selular, pengguna boleh menggunakan perisian VoIP seperti Skype untuk membuat panggilan.

Siri, sebuah perisian kawalan suara tidak tersedia dengan iPad ini walaupun iPhone 4S, yang dilancarkan beberapa bulan sebelum iPad (Generasi ketiga) mempunyai fungsi ini. Pada 19 September 2012, iOS 6 dikeluarkan. iOS 6 membenarkan Siri untuk iPad (Generasi ketiga).[15]

Aksesori

Aksesori yang telah diperkenalkan untuk iPad 2 boleh digunakan juga untuk iPad (Generasi ketiga) ini. Antaranya adalah Smart Cover. Smart Cover adalah pelindung skrin yang melekat pada permukaan skrin iPad menggunakan magnet. Pelindung ini boleh dilipat tiga untuk dijadikan sebagai penyangga iPad. Smart Cover direka supaya lebih minimal, mudah ditanggal, dan hanya melindungi skrin sahaja. Apabila pelindung ini dialihkan, ia akan membangkitkan iPad daripada tidur. Smart Cover didatangkan dalam 5 warna.[16]

Apple juga memperkenalkan beberapa aksesori yang lain, kebanyakannya dibuat untuk penyambung dok 30-pin, satu-satunya port yang ada selain daripada bicu fon kepala.

Rujukan

WikiPedia: IPad_(Generasi_Ketiga) http://9to5mac.com/2012/03/02/apple-prepares-yerba... http://allthingsd.com/20120209/apple-to-announce-i... http://www.apple.com http://www.apple.com/ipad/ http://www.apple.com/pr/library/2012/03/14New-iPad... http://www.apple.com/pr/library/2012/03/19New-iPad... http://news.cnet.com/8301-1035_3-57414535-94/new-i... http://news.cnet.com/8301-30686_3-57395687-266/wil... http://articles.cnn.com/2012-03-07/tech/tech_mobil... http://www.computerworld.com/s/article/9224763/Loo...