Menu
Ibn_Hajar_al-Asqalani PendidikanSemasa beliau menemani al-Kharrubi ke Makkah ketika berumur 12 tahun, Imam Ibn Hajar sudah berkebolehan mengimamkan solat Tarawih dalam bulan Ramadan. Pendidikan Ibn Hajar di Mesir diserahkan kepada sarjana Hadis Shams al-Din ibn al-Qattan apabila penjaganya meninggal dunia pada tahun 1386 M. Ibn al-Qattan memasukkan Ibn Hajar ke dalam kursus yang diajar al-Bulqini (m. 1404 M) dan Ibn al-Mulaqqin (m. 1402 M) dalam bidang ilmu fiqah Shafii, dan Abd al-Rahim ibn al-Husain al-'Iraqi (m. 1404 M) dalam bidang Hadis. Selepas tamat kajian, beliau pergi ke Damsyik dan Baitulmuqaddis, untuk belajar di bawah Shams al-Din al-Qalqashandi (m. 1407 M), Badr al-Din al-Balisi (m. 1401 M), dan Fatima bint al-Manja al-Tanukhiyya (m. 1401 M). Beliau pulang ke Mesir selepas melakukan lawatan ke Makkah, Madinah dan Yemen.
al-Suyuti berkata: "Dikatakan beliau meminum air Zamzam bagi menghafal pada tahap Imam al-Dhahabi, yang berjaya beliau lakukan, sehingga melewati kebolehan al-Dhahabi sendiri."[3]
Menu
Ibn_Hajar_al-Asqalani PendidikanBerkaitan
Ibn Hajar al-Asqalani Ibn Hisham Ibn Battuta Ibn Taymiyyah Ibn Jubair Ibn Ishaq Al-Kindi Ibn al-Nafis al-Dimashqi Ibn Asakir Ibn Ajrum Ibn KhafajahRujukan
WikiPedia: Ibn_Hajar_al-Asqalani http://www.central-mosque.com/biographies/asqalani... http://www.usc.edu/dept/MSA/fundamentals/hadithsun... http://www.masud.co.uk/ISLAM/ahm/bari.htm