Ibrahim Hj Yaakob atau IBHY lahir pada 27 November 1910 di
Tanjung Kertau,
Temerloh,
Pahang - meninggal pada 8 Mac 1979 di
Jakarta,
Indonesia Jenazah beliau disemadikan di
Taman Makam Pahlawan Kalibata,
Jakarta. Pada batu nesannya, tercatat nama Iskandar Kamel Agastya. (IBHY), Leftenan Kolonel purnawirawan TNI-AD, NRP 26217.Ibrahim Yaakob adalah presiden dan pengasas
Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan tokoh politik
Melayu pertama yang menentang kerajaan
penjajah British. Matlamat Kesatuan Melayu Muda adalah mencapai kemerdekaan bagi Malaya melalui penyatuan bersama
Indonesia di bawah konsep
Melayu Raya/
Indonesia Raya..
[1] Sebagai pengasas Kesatuan Melayu Muda, dia menyambut baik dan bekerjasama dengan pihak Jepun kerana dia percaya Jepun akan memberikan kemerdekaan pada Malaya dan secara aktif membantu Jepun melalui aktiviti gerakan kelima.
[2] Ibrahim dilatih selama enam bulan dan sebelum Jun 1944 dia dilantik sebagai Komandan
Giyuugun dengan pangkat Leftenan Kolonel. Dengan bantuan tentera Jepun pasukan Giyuugun telah ditubuhkan di
Semenanjung Tanah Melayu dan di
Sumatera. Ini menyebabkan Ibrahim Yaakob tidak dipercayai oleh pihak British dan mendorong Ibrahim Yaakob berhijrah dan menetap di Indonesia sehingga tahun 1973. Beliau merupakan tokoh terkenal di Tanah Melayu , pelbagai tempat bersejarah diletakkan bersempena nama beliau.