Ibrahim_Anon
Ibrahim_Anon

Ibrahim_Anon

Ibrahim Anon (lahir 18 Oktober 1965) atau lebih dikenali sebagai Ujang merupakan seorang kartunis Malaysia. Beliau memulakan kerjaya animasinya bersama majalah Gila-Gila dengan kartun loose Si Tenggang. Waktu kartun beliau kelihatan agak kurang matang dan stroknya terlalu ringkas. Walau bagaimanapun, Ujang berjaya meyakinkan penerbitnya bahawa karyanya suatu ketika akan diterima pembaca. Beliau telah membuktikan kegigihannya melalui watak-watak yang diciptanya melalui pengamatan dunia kelilingnya. Watak-watak dalam dirinya diterjemahkan dalam bentuk visual yang agak kartun tetapi menyentuh jiwa lewat. Karya-karyanya Aku Budak Minang, Jibam, Aca, Atuk dan banyak lagi.[1]Beliau ialah seorang yang amat mementingkan keaslian 100% dalam sesuatu karya yang diterbitkan. Menurut beliau, fenomena para karyawan di Malaysia yang kebanyakannya meniru sedikit sebanyak kartun-kartun dan komik-komik luar negara seperti Jepun, Hong Kong, Korea dan Amerika Syarikat benar-benar mengecewakan beliau.[2]