Pendidikan Idris_Haron

Idris bersekolah di empat sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan Simpang Bekoh ke SRK Belading, SRK Asahan 1973-1977 dan SRK Kubu 1977 hingga 1978. Dua kakaknya pula terpaksa berhenti sekolah awal kerana himpitan hidup. Dari 1979-1983 beliau belajar di Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Ayer Keroh (1979-1983) setelah mendapat 4A 1B dalam Penilaian Darjah Lima. Beliau menjadi pelajar terbaik sekolah dengan mendapat 7A 1C.

Beliau melanjutkan pengajiannya ke Pusat Bahasa Institut Teknologi Mara (ITM) dalam jurusan bahasa Inggeris selama enam bulan dan pernah dilantik Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Seksyen 17, Shah Alam pada tahun 1984 . Pada 1989 beliau menamatkan pengajian beliau dari University of Texas, Amerika Syarikat dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal. Sebenarnya cita-cita beliau ingin menjadi juruterbang tetapi menukar fikiran kepada jurutera elektrik semasa ditemuduga.

Beliau menjadi Pengerusi Persidangan Pelajar Malaysia sehingga mendapat ijazah pada 1989. Pada 1993 beliau mengikuti latihan intensif bahasa Jepun di ITM sebelum melanjutkan pengajian di bidang teknikal di Tokyo Kensyu Centre, Jepun. Beliau mengikuti latihan di bawah Kandenko Corporation Ltd selama enam bulan di Tokyo, Jepun, dalam bidang sistem pembahagian elektrikal.

Rujukan

WikiPedia: Idris_Haron http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgenera... http://idrisharon.wordpress.com/ http://www.kosmo.com.my/negara/semua-pihak-perlu-b... http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/bang... http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/kada... http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140... http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/melaka/pen... http://www.utusan.com.my/rencana/idris-haron-8232-... http://belia.org.my/index.php?option=com_content&t... https://www.malaymail.com/s/510065/idris-haron-pla...