Kerjaya Idris_Khan

Sebelum memulakan kerjaya dalam bidang lakonan, Idris sudah berada dalam bidang peragaan selama sembilan tahun. Beliau pernah menyertai pertandingan Hero Remaja pada tahun 2008 dan mendapat gelaran Hero Macho & Hero Cool.

Sebagai pemain baru dalam industri hiburan tempatan, Idris memulakan kerjaya lakonannya pada 2015 menerusi drama Puteri Gunung Ledang yang ditayangkan di HyppTV selepas diberi kepercayaan oleh A. Aida Production untuk berlakon dalam drama tersebut.[4] Beliau tidak menyangka drama itu telah menjadi titik tolak bercambahnya minat beliau dalam bidang lakonan. Selain itu, Idris juga membintangi drama komedi TV3, Abang Sado Jemur Kain bersama Cat Farish, Shahz Jaszle dan Janna Nick pada tahun yang sama.

Pada tahun 2016, profil beliau sebagai pelakon mula dikenali umum apabila beliau mencapai puncak kemasyhuran menerusi drama TV3 paling berjaya, Duda Terlajak Laris lakonan bersama Zara Zya dan Wawa Zainal yang diadapasi daripada novel dengan judul sama terbitan Penulisan2u yang ditulis oleh Aifa Batrisya. Beliau memegang watak utama sebagai Zafran Aldrin yang dipaksa berkahwin pada usia 18 tahun.

Pada Mac 2017, Idris mengumumkan bakal menjayakan sebuah siri televisyen terbitan Netflix tidak lama lagi.[5][6][7]

Pada 25 Jun 2017, Idris membintangi telefilem berjudul Syawal Yang Kuinginkan yang ditayangkan pada 1 Syawal. Telefilem terbitan Zeel Production ini menampilkan pelakon seperti Izreen Azminda, Fauziah Ahmad Daud, Azira Shafinaz dan pelakon lain lagi serta ditayangkan di TV3.[8] Pada Julai 2017, beliau juga muncul dalam drama terbaru bertajuk Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin, memegang watak sebagai Saiful Mizan yang disiarkan di TV3, bersama heroinnya Raysha Rizrose.

Rujukan

WikiPedia: Idris_Khan http://www.budiey.com/profile-lee-idris-kamal-am-f... http://www.budiey.com/senarai-telefilem-syawal-201... http://www.imdb.com/name/nm8948397/ http://www.star2.com/entertainment/tv/2015/10/05/c... http://www.star2.com/entertainment/tv/2017/03/23/m... http://www.bharian.com.my/node/259160?m=1 http://www.bharian.com.my/node/262263 http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/perjalanan-s...