Politik Idris_bin_Jusoh

Sejarah dan sumbangan Idris Jusoh dalam membangunkan kembali UMNO dan BN di negeri Terengganu

Pada tahun 1999,iaitu pilihan raya ke 10,BN Terengganu jatuh di tangan pembangkang, iaitu PAS. Kekuatan pembangkang ketika itu terletak pada krisis Anwar Ibrahim dan tampuk pimpinan yang lama dipegang bekas Menteri Besar Terengganu ketika itu yang melebihi 20 tahun.[10]Idris pada mulanya ingin menyambung pelajaran ke peringkat P.hD(Doktor Falsafah). Atas permintaan pimpinan UMNO pusat,negeri dan semangat beliau, Idris Jusoh lantas menyahut cabaran untuk memimpin Terengganu ketika itu, mengisi jawatan Timbalan Pengerusi Pehubungan UMNO Terengganu di belakang pimpinan Abdullah Badawi bagi misi mendapatkan kembali Terengganu untuk BN. Idris antara yang telah memberi inspirasi Gelombang Biru di Terengganu. Sepanjang kepimpinan Menteri Besar(Tuan Guru Haji Hadi Awang),Idris Jusoh telah menyaman Haji Hadi kerana dikatakan memfitnah beliau berkenaan projek-projek di Terengganu yang berkait dengan beliau dan beberapa wakil UMNO yang lain ketika Haji Hadi berkuasa memegang jawatan MB Terengganu.[11]Berkat kesabaran dan kegigihan beliau,pada pilihan raya Umum ke-11(2004),BN Terengganu di bawah kepimpinan Idris Jusoh berjaya mendapatkan kembali Terengganu dari pembangkang dengan majoriti yang sangat besar iaitu 28 BN dan hanya 4 kerusi untuk PAS. Di bawah kepimpinan Idris Jusoh juga menyaksikan Hadi Awang tewas di Parlimen Marang pada pilihanraya 2004, dikalahkan oleh calon BN Abdul Rahman Bakar yang turut digelar "Giant Killer".[12] Personaliti Idris Jusoh yang disenangi semua kaum, tidak kira bangsa atau agama, menyebabkan rakyat Terengganu ketika itu beralih memilih BN. Beliau juga ketika itu dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu (2004),dan merupakan Menteri Besar pertama dari daerah Besut. Pada pilihan raya umum Terengganu ke-12 juga,BN di bawah kepimpinan beliau sekali lagi mengekalkan Terengganu di bawah Barisan Nasional dengan Majoriti 2 per 3.

Pembangunan Terengganu dari 2004-2008 oleh Idris Jusoh diiktiraf Pembangkang & Penganalisis Politik

Kenyataan Penganalisis politik, Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat,“Masa kepimpinan Idris dahulu memang bagus, Terengganu membangun".[13]

Naib Presiden Pas,Husam Musa ketika kempen Pilihan raya kecil DUN Kuala Besut, melalui satu portal berita berkata,"Idris semasa menjadi Menteri Besar ada program pembangunan untuk Terengganu,”.[14]

Krisis perlantikan Menteri Besar Terengganu

Berikutan pilihan raya umum Malaysia 2008, BN telah berjaya memenangi pilihan raya negeri Terengganu dengan memenangi 24 dari 32 kerusi yang dipertandingkan, dengan PAS memenangi baki 8 kerusi. Ia merupakan pencapaian yang terbaik bagi negeri Terengganu di saat negeri-negeri lain jatuh di tangan pembangkang yang dikatakan tsunami politik. Satu krisis telah meletus apabila Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin, tidak memperkenankan untuk melantik semula Idris sebagai Menteri Besar. Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mempertikai hak Sultan melantik Menteri Besar, dengan berkata bahawa perlantikan Ahmad Said "tidak mengikut perlembagaan".[15] 22 ADUN BN negeri yang lain juga berikrar menyatakan sokongannya terhadap perlantikan Idris Jusoh, merujuk kepada Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak.[16]

Beberapa kain rentang yang berbunyi "Kami nak Idris, natang", yang bermaksud "kami hendak Idris, binatang" dalam loghat Terengganu, telah dipamer di depan kediaman rasmi bekas menteri besar Terengganu itu dan beberapa tempat strategik di bandar itu oleh orang yang tidak diketahui.[17]

Walaupun tidak dilantik semula menjadi Menteri Besar,Semangat Beliau tetap gigih untuk membangunkan Umat Islam itu sendiri. Dengan memperkenalkan Sekolah IMTIAZ, MRSM Ulul Albab, Pintar Quran,dan pelbagai inisiatif lagi, telah menunjukkan beliau bukan seorang yang cepat berputus asa.

Rujukan

WikiPedia: Idris_bin_Jusoh http://agendadaily.com/EKSKLUSIF-BERSAMA/perjalana... http://www.bernama.com/bernama/v3/news_lite.php?id... http://auraidris.blogspot.com/ http://www.malaysiakini.com/news/80341 http://www.staripoh.com/v2/viewpage.php?page_id=8 http://terengganutoday.com/politik/giant-killer-se... http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PRKKual... http://www.silveromedia.com.my/idrisjusoh/?page_id... http://www.silveromedia.com.my/idrisjusoh/?page_id... http://www.sinarharian.com.my/bekas-pelajar-sk-pus...