Pendidikan Idris_bin_Jusoh

  • Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa.(SEMOJI).(1969-1973)
  • Blackburn High School, Victoria, Australia.(Matrikulasi-1973)
  • Ijazah Sains Sosial (Universiti Sains Malaysia) (1980).
  • Program Keusahawanan (Aston University, England) (1984).
  • Ijazah Sarjana MBA (University of New Haven, USA) (1988).
  • Pengajian Bahasa Arab (Universiti Jordan) (1993-1994).
  • Kursus Pengurusan Lanjutan (Universiti Harvard, USA) (2001).
  • Kursus Pengurusan Lanjutan (INSEAD, Perancis) (2008).
Kecemerlangan akademik & ko-kurikulum (peringkat sekolah ke universiti)

Beliau memulakan persekolahan di SK Pusat Jerteh[2].Keputusan UPSR yang cemerlang melayakkan beliau menyambung pelajaran di sekolah Menengah premier STAR(Sekolah tuanku Abdul Rahman). Di peringkat Sekolah Menengah STAR beliau menjadi seorang pengawas dan berjaya mendapatkan keputusan yang sangat cemerlang sehingga melayakkan beliau menyambung pelajaran ke A-Level(Matrikulasi) di Australia sebelum keputusan MCE(SPM) diumumkan. Beberapa tokoh politik juga turut menuntut ilmu disana seperti Dato' Awang Adek dan Tan Sri Annuar Musa[3].Ketika tamat program A-Level di Australia,beliau mendapat keputusan cemerlang dan melayakkan beliau menyambung bidang kejuruteraan(Engineer) di sana. Ketika beliau di Australia,beliau menerima berita kematian Ayahnya dan datuknya(meninggal dunia dalam selang satu minggu) dan beliau mengambil keputusan pulang ke tanah air atas nasihat ibunya untuk menyambung pelajaran di Malaysia. Beliau melanjutkan pelajaran di USM,dan ketika di USM,beliau turut aktif dalam bidang Ko-kurikulum sehingga dilantik menjadi Presiden Majlis Perwakilan Pelajar USM dari 1978-1979. Beliau dikatakan sering mengunjungi Perpustakaan di masa lapang bagi menelaah pelajaran,dan mendapat keputusan cemerlang setiap peperiksaan (mendapat ijazah kelas pertama) sehingga beliau mendapat "Golden Award Best Student"[4]-Pelajar Cemerlang keseluruhan USM tahun 1980. Beliau menjadi pelajar Melayu pertama yang mendapat anugerah tersebut di USM, dan menjadi kebanggaan dan contoh untuk pelajar Melayu untuk berjaya di Universiti tersebut. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran di peringkat Master di Luar negara di Universiti New Haven, USA dan turut aktif dalam kokurikulum apabila menjadi Presiden Pelajar Luar Negara di sana. Beliau juga turut mengambil pelajaran Arab di Jordan,dan beberapa kursus di Universiti terkemuka seperti di Harvard(USA),Perancis, dan England.

Kecemerlangan akademik beliau terbukti sejak dari sekolah lagi.Merupakan antara pelajar cemerlang/terbaik di sekolah premier STAR (Ipoh)[5], kemudian mendapat tawaran matrikulasi ke Australia yang hanya diberikan kepada pelajar cemerlang sekolah STAR walaupun keputusan SPM belum dikeluarkan,Kemudian meraih Pelajar terbaik keseluruhan USM dengan mempunyai Ijazah kelas pertama dari USM, Master, dan pembelajaran Ilmu Agama yang di perturunkan oleh datuknya (Tuan Guru Haji Hameed) yang merupakan Ulama' dan guru agama di Besut pada ketika dahulu, jelas menunjukkan keperibadian beliau.

Rujukan

WikiPedia: Idris_bin_Jusoh http://agendadaily.com/EKSKLUSIF-BERSAMA/perjalana... http://www.bernama.com/bernama/v3/news_lite.php?id... http://auraidris.blogspot.com/ http://www.malaysiakini.com/news/80341 http://www.staripoh.com/v2/viewpage.php?page_id=8 http://terengganutoday.com/politik/giant-killer-se... http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PRKKual... http://www.silveromedia.com.my/idrisjusoh/?page_id... http://www.silveromedia.com.my/idrisjusoh/?page_id... http://www.sinarharian.com.my/bekas-pelajar-sk-pus...