Iggy Pop
Iggy Pop

Iggy Pop

James Newell Osterberg Jr. (lahir 21 April 1947), better known as Iggy Pop, is an American singer, songwriter, musician, record producer, and actor. Beliau pernah mengetuai kugiran genre proto-punk the Stooges beberapa kali sejak 1967;[1] kugiran ini paling dikenali atas persembahan yang sangat provokatif dan terlalu mendekati penonton, lagi-lagi dengan gelagat Iggy yang sering di luar kawalan[2][3][4] - beliau sendiri antara pelopor aksi stage-dive yang adakala dilakukan penghibur tertentu di konsert-konsert..[5][6] Beliau turut bersahabat dengan David Bowie semasa kedua-dua menjalani pemulihan ketagihan dadah di Berlin Barat di mana Bowie banyak membentu dalam penghasilan karya-karya solo Iggy.Muzik gubahan Iggy banyak merangkumi pelbagai genre sepanjang kerjaya muziknya seperti garage rock, punk rock, hard rock, art rock, new wave, jazz, blues malah juga muzik elektronik.[7][8] Gayanya sendiri banyak mempengaruhi banyak artis anekagenre baik dalam penglibatannya bersama the Stooges' (seperti Sex Pistols,[9] the Smiths,[10] the Sisters of Mercy,[11] Red Hot Chili Peppers,[12] dan Nirvana[13]) mahupun secara solo (termasuk Depeche Mode, Nine Inch Nails dan Joy Division[14]) Beliau dimasukkan bersama Stooges dalam sohoran Rock and Roll Hall of Fame pada tahun 2010.

Iggy Pop

Pasangan Wendy Weissberg
(k. 1968; annulled 1968)
Suchi Asano
(k. 1984; c. 1999)
Nina Alu
(k. 2008)
Syarikat rakaman
Instrumen
  • Vocals
  • guitar
  • drums
  • piano
Laman sesawang iggypop.com
Anak 1
Kediaman Miami, Florida, A.S.
Genre
Tahun aktif 1960–kini
Kelahiran James Newell Osterberg Jr.
(1947-04-21) 21 April 1947 (umur 72)
Muskegon, Michigan,
Amerika Syarikat
Kegiatan berkaitan
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • pemuzik
  • produser rakaman
  • pelakon