Ike_Turner
Ike_Turner

Ike_Turner

Izear Luster "Ike" Turner (5 November 1931 - 12 Disember 2007) ialah pemuzik Amerika Syarikat yang sekaligus berkhidmat sebagai pencari bakat dan penerbit rakaman. Beliau dikenali sebagai pasangan duet bekas isterinya, Tina Turner dalam duo Ike & Tina Turner. Dalam kerjaya muziknya selama setengah abad, repertoir Turner mencakupi lagu-lagu irama blues, soul, rock, dan funk. Pada tahun 1991, bersama Tina Turner, namanya diabadikan di muzium Rock and Roll Hall of Fame, serta di St. Louis Walk of Fame pada 2001. Turner meninggal dunia pada usia 76 tahun pada 12 Disember 2007 di kediamannya di San Marcos, California, di San Diego.[1]