Suhu Iklim_lautan

Ciri-ciri suhu keseluruhannya berbeza mengikut tempat-tempat beriklim lautan; iklim lautan di garis lintang terendah bersifat hampir subtropika dari sudut pandangan kepanasan, tetapi biasanya dikuasai aturan mesoterma, dengan musim sejuk yang sederhana dingin dan musim panas yang sederhana hangat. Musim panasnya juga lebih dingin berbanding di kawasan beriklim subtropika lembap. Suhu purata bulan terpanas mesti kurang daripada 22 °C (72 °F) dan suhu purata bulan tersejuk mesti mencecah -3 °C (27 °F) (namun para saintis Amerika lebih gemar 0 °C untuk bulan tersejuk). Di arah kutub dari zon beriklim lautan ialah zon beriklim lautan subkutub (Köppen Cfc), yang mengalami musim sejuk yang lama tetapi sederhana dingin (bulan tersejuk menlebihi -3 °C) dan musim panas yang singkat (selama empat bulan) dan dingin (suhu purata sekurang-kurangnya 10 °C); contoh iklim ini termasuk sesebahagian pesisir pantai Iceland di Hemisfera Utara dan kawasan paling selatan Chile dan Argentina di Hemisfera Selatan.

Rujukan

WikiPedia: Iklim_lautan http://www.bom.gov.au/climate/averages/tables/cw_0... http://www.climate-charts.com/Locations/t/TU17040.... http://www.weather.com/outlook/travel/businesstrav... http://www.weather.com/outlook/travel/businesstrav... http://www.weatherbase.com/weather/weather.php3?s=... http://www.weatherbase.com/weather/weather.php3?s=... http://www.uwsp.edu/geo/faculty/ritter/geog101/tex... http://www.epic.noaa.gov/epic/ewb/ http://dapper.pmel.noaa.gov/dchart/ http://www.niwascience.co.nz/edu/resources/climate...