Ilusi

Ilusi (daripada Bahasa Belanda: illusie) ialah suatu pengherotan sesuatu ransangan dalam persekitaran terhadap deria yang dialami lalu menyebabkan otak manusia tersilap tafsir pendekatan kita terhadap benda yang dirasai (persepsi). Keadaan sebegini biasanya dikongsi bersama ramai orang[1] dan banyak mengena pada semua deria manusia - ilusi optik yang sering dialami kerana dominannya deria penglihatanAda ilusi yang terhasil daripada tanggapan umum hasil pentafsiran otak semasa melakukan persepsi dengan prinsip aturan, keupayaan persepsi kedalaman dan pergerakan serta tahap kemalaran persepsi tersebut (perceptual constancy). Ada juga sebahaian ilusi yang dialami akibat struktur deria biologi dalam tubuh badan manusia atau keadaan sekeliling penderia tersebut.