Otak
Otak

Otak

Otak (Bahasa Inggeris: encephalon, brain) merupakan organ bagi pusat kawalan utama bagi badan. Ia menerima maklumat melalui deria dari dalam dan luar tubuh. Ia menganalisa maklumat ini dan kemudiannya menghantar perutusan kepada badan yang mengawal fungsi dan tindakannya. Otak meningati pengalaman lepas, dan merupakan punca fikiran, mood, dan emosi.Dalam haiwan, otak (εν-κέφαλος, bahasa Yunani bagi "dalam tengkorak"), merupakan pusat kawalan bagi sistem saraf tunjang, bertanggungjawab bagi kelakuan. Otak terletak di kepala, dilindungi oleh tengkorak dan hampir dengan perkakasan deria bagi penglihatan, pendengaran, keseimbangan, rasa dan bau. Sementara kesemua vertebra mempunyai otak, kebanyakan invertebra samaada mempunyai otak pusat atau himpunan ganglia terasing. Sesetengah haiwan seperti cnidarian dan ekinoderm tidak memiliki otak pusat, sebaliknya mempunyai sistem saraf berasingan, sementara haiwan seperti bunga karang ketiadaan otak dan sistem saraf sama sekali. Otak mampu menjadi amat rumit. Sebagai contoh, otak manusia mengandungi sekitar 23 bilion neuron, setiap satunya bersambung dengan hampir 10,000 neuron yang lain.