Otak (
Bahasa Inggeris: encephalon, brain) merupakan organ bagi pusat kawalan utama bagi badan. Ia menerima maklumat melalui deria dari dalam dan luar tubuh. Ia menganalisa maklumat ini dan kemudiannya menghantar perutusan kepada badan yang mengawal fungsi dan tindakannya. Otak meningati pengalaman lepas, dan merupakan punca fikiran, mood, dan emosi.Dalam haiwan,
otak (εν-κέφαλος,
bahasa Yunani bagi "dalam tengkorak"), merupakan pusat kawalan bagi
sistem saraf tunjang, bertanggungjawab bagi
kelakuan. Otak terletak di kepala, dilindungi oleh
tengkorak dan hampir dengan perkakasan deria bagi penglihatan, pendengaran, keseimbangan, rasa dan bau. Sementara kesemua
vertebra mempunyai otak, kebanyakan
invertebra samaada mempunyai otak pusat atau himpunan
ganglia terasing. Sesetengah haiwan seperti
cnidarian dan
ekinoderm tidak memiliki otak pusat, sebaliknya mempunyai sistem saraf berasingan, sementara haiwan seperti
bunga karang ketiadaan otak dan sistem saraf sama sekali. Otak mampu menjadi amat rumit. Sebagai contoh, otak manusia mengandungi sekitar 23 bilion
neuron, setiap satunya bersambung dengan hampir 10,000
neuron yang lain.