Produksi In_Time

Sebelum filem ini diberi tajuk In Time, nama Now dan I'm.mortal digunakan.[4] Pada Julai 12, 2010, ia telah dilaporkan bahawa Amanda Seyfried telah ditawarkan watak utama.[5] Pada Julai 27, 2010, ia telah disahkan bahawa Justin Timberlake telah ditawarkan watak utama.[6] Pada Ogos 9, 2010, Cillian Murphy telah disahkan menyertai barisan pelakon.[7]

Gamba pertama daripada set telah didedahkan pada Oktober 28, 2010.[8] 20th Century Fox dan New Regency mengedarkan filem ini manakala Marc Abraham dan Strike Entertainment menghasilkannya.[9]

Babak di Dayton difilemkan terutamanya di kawasan-kawasan perumahan Skid Row dan Boyle Heights, Los Angeles manakala babak di New Greenwich difilemkan terutamanya di Century City, Bel Air dab Malibu. Walaupun nama-nama zon perumahan sesak dan wilayah kaya mencerminkan Dayton dan Greenwich masing masing, peta yang digunakan oleh Penjaga Masa adalah peta Los Angeles.