Lokasi Indera_Mahkota

Bandar Indera Mahkota terletak kira-kira 4 km dari Bandar Kuantan. Ia juga menjadi laluan utama bagi pengguna jalan raya dari Kuantan menggunakan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) melalui persimpangan Kuantan. Bandar Indera Mahkota juga boleh dihubungkan antara Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah dan Gambang melalui Lebuhraya Pintasan Kuantan.ia juga mempunyai sebuah kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang padat iaitu di kawasan Kampung Padang atau dikenali Taman Impian yang menjadi bandar baru di kawasan Kuantan. Kampung Padang ini mempunyai beberapa buah pasaraya iaitu jaya gading, eng hong, terus maju , ten ten serta banyak lagi.Kemudahan yang lain juga lengkap seperti kawasan medan makan yang cukup besar, terminal, klinik,sekolah dan lain lain.

  • Masjid Tengku Ampuan Afzan