Sejarah Industri_automotif_di_Korea_Selatan

Permulaan awal

Sejarah automobil Korea bermula pada Ogos 1955, ketika Choi Mu-seong, a mekanik kereta Korea, bersama dengan tiga adik-beradiknya, menaikkan enjin pada Jeep Tentera Amerika Syarikat yang telah diubahsuai untuk mencipta kereta pertama yang digelarkan "Sibal".

Pada tahun 1960, Sinjin Automobiles (pendahulu Daewoo Motors) melancarkan Sinjin Publica di bawah perjanjian pelesenan teknikal Toyota. Untuk memperkembangkan industri automobil, kerajaan Korea mengumumkan "Dasar Promosi Industri" pada tahun 1962, dan "Akta Perlindungan Industri Automobil" untuk melindungi industri muda ini. Pengilang automobil dihalang beroperasi di Korea, kecuali melalui usaha sama dengan entiti perniagaan tempatan. Usaha kerajaan menyebabkan syarikat-syarikat daripada bidang yang lain memasuki industri ini serta penubuhan syarikat baru. Tiga syarikat telah diasaskan pada tahun 1982:

  • Industri Kejituan Kyeongseong, yang kemudian menukarkan nama kepada "Industri Kia" dan bermula memasangkan kereta dengan kerjasama Mazda pada tahun 1964;
  • Syarikat Industri Automobil Ha Dong-hwan (pendahulu Syarikat Motor SsangYong); dan
  • Automobil Saenara yang diasaskan dengan kerjasama Syarikat Motor Nissan; syarikat ini adalah pengilang automobil yang pertama di Korea yang mempunyai kemudahan pemasangan moden.

Syarikat Asia Motors diasaskan pada tahun 1965, dan Syarikat Hyundai Motor pada tahun 1968 dengan kerjasama teknikal daripada Syarikat Ford Motor.

Walau bagaimanapun, kesemua syarikat ini cuma merupakan pemasang automobil melalui pengimportan bahagian-bahagian daripada rakan-rakan luar negeri.

1970-an–1980-an

Pada tahun 1970, Toyota bermula menunjukkan keberatan untuk meneruskan hubungannya denga Sinjin Automobiles. Selepas Toyota menarikkan diri pada tahun 1972, Shinjin memasuki usaha sama dengan General Motors dan membentukkan General Motors Korea, yang kemudiannya digelar "Saehan Motors" pada tahun 1976.

The Hyundai Pony, automobil jenama Korea yang pertama, dibina pada tahun 1975. Hyundai Motors mencapai ini dengan menggaji George Henry Turnbull dari British Leyland Motor Corporation sebagai naib presiden. Hasil terakhir merupakan usaha sama, yang terdiri daripada:

Fail:Hyundai Pony1.jpgHyundai Pony

Hyundai mendapat lagi satu kecapaian pertama sewaktu ia mengeksportkan Pony ke Republik Ecuador pada tahun1976. Ini merupakan kereta asli Korea yang pertama dieksportkan.

Pada tahun 1982, Kumpulan Daewoo menguasai Saehan Motors, dan menukarkan namanya kepada "Daewoo Motors" pada tahun 1983. Walau bagaimanapun, industri automobil Korea amat terjejas oleh krisis tenaga 1979 dan kemelesetan ekonomi tempatan yang berikutan. Kerajaan mengambil tindakan untuk mengatasi keadaan yang serba salah ini pada tahun 1982 dengan pelaksanaan "Dasar Rasionalisasi Industri Automobil". Tujuan adalah untuk mengelakkan persaingan terlebih di antara keempat-empat pengilang automobil yang utama: Hyundai Motors, Industri Kia, General Motors Korea, dan Asia Motors. Di samping itu, kerajaan menangguhkan liberalisasi import automobil.

Sinjin Automobiles menukarkan namanya kepada "Syarikat Geohwa pada 1981, dan diambil alih oleh Syarikat Dong-A Motor pada tahun 1985. Pada tahun 1986, syarikat menukarkan nama sekali lagi kepada "Syarikat SsangYong Motor".

Sedangkan penyetempatan bahagian automobil merupakan perkara yang dipentingkan pada dekad 1970-an, pengembangan sistem pengeluaran besar-besaran untuk industri yang berorientasikan eksport menjadi isu pada dekad 1980-an. Hyundai memasuki pasaran Amerika Syarikat pada tahun 1986 dan menetapkan rekod untuk jualan automobil yang terbanyak pada tahun pertama operasinya di Amerika Syarikat bila dibandingkan dengan jenama kereta yang lain — 126,000 buah kereta. Majalah Fortune memilihkan Excel untuk anugerah "Produk Terbaik 10", sebab utama kerana harganya yang rendah. Dengan kejayaan awal dalam pasaran eksport, syarikat itu bermula menghasilkan model-model yang direka secara dalaman serta dikilangkan dengan teknologi tersendiri pada tahun 1989. Sonata, sebuah kereta sedan yang mempunyai saiz sederhana, merupakan model yang pertama. Walau bagaimanapun, Sonata masih mengandungi banyak reka bentuk dan bahagian Mitsubishi.

1990-an dan selepas

Eksport kumulatif Hyundai ke Amerika Syarikat melebihi sejuta pada tahun 1990. Pada tahun 1992, model ScoupeTurbo menang dalam rali Panjat Bukit "Pikes Peak", dan dalam tahun 1993, Elantra dipilih sebagai "Kereta Terbaik Bagi Tahun 1993" di Australia. Model Accentnya mendapat Anugerah Pembelian Terbaik di Kanada pada tahun 1995, dan model Avantenya juga memenangi "Rali Asia-Pasifik" pada tahun yang sama. Walau bagaimanapun, di tengah-tengah kejayaan ini, kesusahan sedang bergolak di Hyundai.

Hyundai Excel

Walaupun model Excel diterima dengan baik pada permulaan, ia memberikan Hyundai imej yang buruk sewaktu kelemahannya menjadi nyata. Dalam usaha untuk menurunkan kos, kualiti dan kebolehpercayaannya terjejas. Dengan reputasi sebegini di Amerika Syarikat, jualannya merosot dengan drastik dan peniaga-peniaganya bermula membatalkan francaisnya.

Lebih baik daripada memilih untuk keluarkan diri daripada pasaran yang terbesar di dunia, Hyundai bermula melaburkan secara besar-besaran dalam kualiti, reka bentuk, perkilangan serta penyelidikan jangka masa panjang pada tahun 1998, dan memberikan waranti sepuluh tahun ataupun 100,000 batu kepada pemilik keretanya di Amerika Syarikat. Usaha ini mencapai kejayaan kepada Hyundai, dan pada tahun 2004, ia seri dengan Honda untuk kualiti jenama permulaan, serti kedua dalam industri selepas Toyota, di sebuah tinjauan yang dijalani oleh J.D. Power and Associates.

Hampir akhir abad ke-20, industri bermula menghadapi tekanan yang amat kuat di negara sendiri, dengan pasaran tempatan yang bertumbuh pada kadar yang kurang daripada lima peratus, serta persaingan yang hebat, baik di dalam negeri ataupun di luar. Dengan pembaziran tenaga, pencemaran udara dan kesesakan lalulintas menjadi semakin teruk, kerajaan Korea mengenakan duti eksais yang tinggi sekali pada automobil dan gasolin di kalangan negara utama yang mengeluarkan automobil.

Pada tahun 1985, jumlah kenderaan yang didaftarkan di Korea adalah sejuta, akan tetapi pada tahun 1995, jumlahnya telah bertambah menjadi lapan juta. Sebagai gerak balas kepada tekanan-tekanan tersebut, pekilang-pekilang automobil Korea menjadi lebih agresif dari segi menetapkan harga dan kualiti, dan bermula mengembangkan kereta yang lebih besar serta meluaskan julat keluarannya untuk memenuhi pelbagai kecenderungan pelanggan.

Tekanan dalaman di dalam negara juga memaksakan pekilang automobil Korea untuk memasuki pasaran antarabangsa secara agresif. Pada awal dekad 1990-an, Daewoo Motors bermula berkembang dengan pesat ke seluruh dunia. Sehingga tahun 1996, kesemua keretanya berdasarkan model-model General Motors. Selepas Krisis Kewangan Asia yang bermula pada tahun 1997, Daewoo Motors mengambil alih SsangYong, sebuah syarikat kepakaran jip yang mengalami kesusahan pada tahun 1998, akan tetapi dengan pengambilalihan itu, ia sendiri mengalami kesusahan pada tahun 1999.

Asia Motors telah digabungkan secara seluruh dengan Syarikat Kia Motors (nama baru Industri Kia yang ditukarkan pada tahun 1990) pada tahun 1999. Pada tahun 1997, Kia Motor telah mengalami masalah kewangan yang menyebabkan penglibatan Korea Selatan dalam krisis kewangan Asia. Kia kemudian diperolehi oleh Hyundai Motors pada tahun 1998.

Kemasukan Samsung ke dalam industri automobil juga menemui nasib yang tidak baik. Diasaskan pada tahun 1994, Samsung Motors bermula menjual kereta pada tahun 1998, ketika Korea Selatan ditimpa oleh krisis kewangan Asia. Untuk mengatasi kesulitan kewangannya, Samsung menjualkan 70 peratus kepentingannya dalam syarikat kepada Renault dalam bulan Septemeber 2000, dan seterusnya, syarikat itu dinamakan Renault Samsung Motors.

Pembelian Daewoo Motors oleh Perbadanan General Motors pada tahun 2002 serta penyiapan kilang pemasangan pada kos sebilion dolar di Alabama pada tahun 2005 merupakan dua perkembangan utama yang akan mendorong industri automobil Korea untuk menumpukan usaha mereka ke Amerika Utara, pasaran eksportnya yang terbesar. Pemindahan Hyundai ke Amerika Syarikat menjadikan Hyundai sebagai pekilang automobil Asia yang keenam untuk membina kilang di Amerika Syarikat, dpekilang asing yang ketiga di Alabama, serta pekilang automobil yang keenam di tenggara Amerika Syarikat sejak 1990.