Pentadbiran Ineh

Luak Ineh diketuai oleh Datuk Penghulu Luak iaitu sebagai ketua adat yang tertinggi di dalam luaknya. Pada masa dahulu disebut juga Undang kerana kekuasaannya dalam Luaknya sama seperti Undang, tetapi kerana ganjaran berupa elaun yang diterima dari kerajaan agak rendah, maka masyarakat setempat memandang beliau tidak sama seperti Undang.[perlu rujukan]

Gelaran bagi Datuk Penghulu Luak Ineh ialah 'Datuk Johan Pahlawan Walat Kuala Dioh' seperti terakam dalam cop mohor yang diakui oleh Sultan Johor pada tahun 1760 yang masih tersimpan oleh sesiapa penyandang Datuk Penghulu Luak Ineh .[4]

Susun tadbir Luak Ineh diketuai oleh Datuk Penghulu mentadbir Luak, Datuk Lembaga mentadbir Suku, Buapak mentadbir anak buahnya, Juak-juak hulubalang mentadbirkan keamanan dan pegawai masjid mentadbirkan yang bersangkut paut dengan hal ehwal agama Islam. Berikut adalah susun tadbir dalam Luak Ineh yang diguna hingga sekarang.

Penghulu

  • Y.M Datuk Penghulu dari Biduanda Waris
  • Y.M Datuk Bentara Jantan dari Biduanda Waris
  • Y.M datuk Bentara Betina dari Biduanda Waris.

Datuk Lembaga

  • Y.M Datuk Menteri dari Biduanda Punggur
  • Y.M Datuk Setia Raja dari Biduanda Chenerung.
  • Y.M Datuk Baginda Maharaja dari Seri Lemak.
  • Y.M Datuk Andila dari Seri Melenggang.
  • Y.M Datuk Baginda Raja dari Biduanda Buah Petai.
  • Y.M Datuk Bangsa Balang dari Tiga Nenek atau Tiga Batu

Juak-juak Hulubalang

  • Y.M Datuk Panglima Puteh dari seri melenggang.
  • Y.M Datuk Panglima Hitam dari Biduanda Chenerung.
  • Memperang Kanan dari Seri Melenggang.
  • Memperang Kiri dari Tiga Nenek atau Tiga Batu.
  • Mengarang dari Biduanda Kabung
  • Meleman dari Biduanda Chenerung.
  • Mendalan dari Biduanda Kebangsa.
  • Mengkakap I dari Seri Lemah.
  • Mengkakap II dari Biduanda Betawi.
  • Mawan dari Biduanda Punggur.
  • Pawang Luak bagi yang berkebolehan.
  • Bidan Luak bagi yang berkebolehan.

Buapak atau ketua suku

  • Datuk Paduka pahlawan dari Biduanda kabung.
  • Datuk Paduka Kebangsa dari Biduanda Gating.
  • Datuk Amar penghulu dari Biduanda Betawi.
  • Datuk Jelela dari Seri Melenggang
  • Datuk Lela Raja dari Biduanda Punggur.
  • Datuk Nara Sakti dari Biduanda Chenerung.
  • Datuk Nara Kaya dari Tiga Nenek atau Tiga Batu.
  • Datuk Amar Pahlawan dari Seri Lemak.
  • Datuk Paduka Jelela dari Biduanda Buah Petai.