Inflasi
Inflasi

Inflasi

Afrika · Amerika Utara
Amerika Selatan · Asia
Eropah · Oceania
Mikroekonomi · Makroekonomi
Sejarah pemikiran ekonomi
Metodologi · Pendekatan heterodoksEkonomi matematik · Statistik
Keratan rentas & Panel Data
Persamaan serentak  · Siri masa
Pengiraan · Eksperimen
Akaun negaraKelakuan · Budaya · Evolusi
Tumbesaran · Pembangunan · Sejarah
Antarabangsa · Sistem ekonomi
Ekonomi monetari dan kewangan
Ekonomi awam dan Kebajikan
Kesihatan · Pendidikan · Kebajikan
Penduduk · Buruh · Pengurusan
Perniagaan · Maklumat · Teori permainan
Organisasi perindustrian · Undang-undang
Pertanian · Sumber alam
Persekitaran · Ekologi
Bandar · Luar bandar · Serantau · GeografiJurnal · Penerbitan
Kategori · Tajuk · Ahli ekonomi
Anarkisme · Kapitalisme
Komunisme · Korporatisme
Fasisms · Feudalisme
Georgisme · Imperialisme
Islam · Laissez-faire
Leninisme · Maoisme
Sosialisme pasaran · Marxisme
Pemerintahan beraja  · Monopolism
Merkantilisme  · Neokolonialisme
Oligarki  · Oligopoly
Plutokrasi · Primitivisme
Fahaman perlindungan · Sosialisme
Syndikalisme · Jalan Ketiga
Dalam ekonomi, inflasi bermaksud suatu kenaikan dalam tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi dari semasa ke semasa.[1] Dengan peningkatan tingkat harga umum, setiap unit mata wang cuma dapat membeli barangan dan perkhidmatan dalam jumlah yang kurang daripada sebelumnya. Oleh itu, inflasi juga mencerminkan penurunan dalam kuasa beli wang iaitu satu kehilangan nilai sebenar dalam medium pertukaran dalaman dan unit akaun dalam sesebuah ekonomi.[2][3] Satu ukuran utama bagi inflasi harga adalah kadar inflasi iaitu perubahan peratusan tahunan di dalam sesuatu indeks harga umum (biasanya disebut Indeks Harga Pengguna) dari semasa ke semasa.[4]Kesan inflasi terhadap sebuah ekonomi adalah pelbagai dan boleh jadi positif dan negatif serentak. Kesan negatif inflasi termasuk pengurangan nilai sebenar wang dan item-item monetari lain dari masa ke semasa, ketidakpastian terhadap inflasi pada masa hadapan boleh mengurangkan pelaburan dan simpanan, dan inflasi yang tinggi boleh membawa kepada kekurangan barangan apabila pengguna mula menyorokkan barangan kerana bimbang harga akan naik pada masa akan datang. Kesan positif termasuklah memastikan bank-bank pusat boleh menyesuaikan kadar faedah nominal (yang bertujuan untuk mengurangkan kesan kemelesetan ekonomi),[5] dan menggalakkan pelaburan dalam projek-projek modal bukan monetari.Ahli ekonomi setuju bahawa hiperinflasi (kadar inflasi yang tinggi) disebabkan oleh pertumbuhan tinggi bekalan wang.[6] Pandangan tentang kadar inflasi yang sederhana pula pelbagai. Inflasi yang rendah atau sederhana disumbang oleh turun naik permintaan sebenar barangan dan perkhidmatan, atau perubahan dalam bekalan seperti semasa kekurangan, dan juga pertumbuhan dalam bekalan wang. Kebanyakan ahli ekonomi bersetuju tempoh inflasi yang berterusan disebabkan kadar pertumbuhan bekalan wang lebih pantas daripada pertumbuhan produktiviti dalam sesuatu ekonomi. Tugas mengawal kadar inflasi yang rendah dijalankan oleh pihak berkuasa kewangan yang membuat polisi kewangan. Umumnya mereka ini bank pusat yang mengawal saiz bekalan wang melalui penetapan kadar faedah, melalui operasi pasaran terbuka, dan melalui penetapan rizab bank.