Insomniacks
Insomniacks

Insomniacks

Kumpulan Insomniacks adalah sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi berkumpulan yang aktif di Malaysia yang dianggotai oleh 4 orang pemuda. Mereka telah mengeluarkan lagu pertama mereka, Selalu pada tahun 2017 yang menjadi runut bunyi drama televisyen yang diadaptasi daripada drama popular Korea Selatan My Coffee Prince di Astro Ria. Kumpulan yang berasal dari Kuala Lumpur ini dianggotai oleh Syed Mir Iqbal (Iqie), Wan Arif Iskandar (Iskandar), Gavin Wong (Gavin) dan Ahmad Danial (Dan). Mereka pernah dicalonkan untuk kategori Top 5 Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular di acara tahunan Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32. Kerjaya seni mereka mendapat sokongan kelab peminat yang digelarkan sebagai 'Maniacks' & menjadikan kumpulan popular dari luar negara iaitu 5 Seconds of Summer dan Fall Out Boy sebagai sumber inspirasi mereka[1]. Mereka juga memulakan debut dalam industri muzik Malaysia dengan mempertaruhkan single kedua berjudul Pulang yang merekodkan Most Week in Charts 2019 (Domestic Song), Most Streamed Domestic 2019 & TOP 10 Most Streamed Singles In Malaysia menurut sumber daripada Persatuan Industri Rakaman Malaysia. Penarafan tersebut menjadikan mereka merupakan satu-satunya kumpulan yang mencatatkan Lagu Paling Lama Berada Di Dalam Carta RIM sepanjang tahun 2019.[2] [3] [4]. Pada masa yang sama, perkhidmatan penstriman muzik Spotify turut menyenaraikan Insomniacks di dalam Carta 2019 Spotify Wrapped Tertinggi Malaysia sebagai Artis Top 5 Tempatan Paling Banyak Distrim.[5] [6] [7]