Institut_Kebangsaan_untuk_Keselamatan_dan_Kesihatan_Pekerjaan
Institut_Kebangsaan_untuk_Keselamatan_dan_Kesihatan_Pekerjaan

Institut_Kebangsaan_untuk_Keselamatan_dan_Kesihatan_Pekerjaan

National Institute for Occupational Safety and Health (NIOSH; "Institut Kebangsaan untuk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan") ialah sebuah agensi kerajaan Amerika Syarikat yang bertanggungjawab untuk menjalankan penyelidikan dan memberi saranan bagi pencegahan kecederaan dan penyakit yang berkaitan dengan pekerjaan. NIOSH ialah sebahagian dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) dalam Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Masyarakat Amerika Syarikat.NIOSH beribu pejabat di Washington, D.C., dengan sejumlah makmal penyelidikan dan pejabat di Cincinnati, Ohio; Morgantown, West Virginia; Pittsburgh, Pennsylvania; Denver, Colorado; Anchorage, Alaska; Spokane, Washington; dan Atlanta, Georgia.[1] NIOSH merupakan sebuah pertubuhan profesional dengan jumlah pekerja 1.200 orang yang mewakili cakupan luas disiplin ilmu termasuk epidemiologi, kedoktoran, kebersihan perindustrian, keselamatan, psikologi, teknik, kimia dan statistik.Pengarah NIOSH ialah John Howard.