Institut_Teknologi_California

Institut Teknologi Caltech (Bahasa Inggeris: California Technology Institute, disingkatkan sebagai Caltech)[3] ialah universiti kedoktoran swasta yang terletak di Pasadena, California, Amerika Syarikat.Ia pada asalnya didirikan sebagai institut persediaan dan vokasional oleh Amos G. Throop pada tahun 1891, namun ia turut menarik perhatian sebilangan saintis yang berpengaruh seperti George Ellery Hale, Arthur Amos Noyes dan Robert Andrews Millikan pada awal abad ke-20. Sekolah-sekolah persediaan tersebut dibubarkan pada tahun 1910 manakala kolejnya mendapat namanya kini pada tahun 1921. Pada tahun 1934, Caltech telah dipilih menyertai Persatuan Universiti Amerika serta merupakan asas kepada Makmal Perejangan Jet NASA yang ditubuhkan antara tahun 1936 dan 1943 di bawah kelolaan Theodore von Kármán, di mana ia masih diuruskan dan dikendalikan Caltech.[4][5] Universiti ini adalah salah satu institut teknologi di Amerika Syarikat terutamanya yang dikhususkan untuk pengajaran seni teknikal dan sains gunaan.Caltech sering disebut sebagai salah satu universiti yang terbaik di dunia .[6][7] Alumni dan fakulti universiti tersebut telah melahirkan 37 pemenang Hadiah Nobel (salah satu pemenang tersebut ialah Linus Pauling, satu-satunya individu dalam sejarah yang memenangi dua anugerah yang tidak dikongsi), 1 pemenang Pingat Fields, 6 pemenang Anugerah Turing, 4 Ketua Saintis Angkatan Udara AS dan 71 pemenang Pingat Sains Negara atau Teknologi Amerika Syarikat. Ada 112 anggota fakulti yang telah dipilih untuk  Akademi Negara Amerika Syarikat. Di samping itu, banyak anggota fakulti mempunyai hubungan dengan Institut Perubatan Howard Hughes serta NASA. Menurut suatu kajian yang dijalankan Kolej Pomona tahun 2015, Caltech berkedudukan nombor satu di AS untuk peratusan lulusan yang melanjutkan pelajaran meraih PhD.[8]

Institut_Teknologi_California

Maskot Beaver
Ditubuhkan pada 1891 (1891)
Pembiayaan $2.107 bilion (2016)
Staf akademik 300 professorial faculty[1]
Ijazah/Sarjana 1,261 (2016)[2]
Penggabungan
Warna Jingga dan putih
         
Lokasi Pasadena, California, Amerika Syarikat

34°08′17″N 118°07′30″W / 34.138°N 118.125°W / 34.138; -118.125Koordinat: 34°08′17″N 118°07′30″W / 34.138°N 118.125°W / 34.138; -118.125
Siswazah 979 (2016)[2]
Kampus Suburban, 124-ekar (0.2 bt2; 50.2 he)
Presiden Thomas F. Rosenbaum
Laman web www.caltech.edu
Moto The truth shall make you free
("kebenaran akan membebaskan anda")
Pelajar 2,240 (2016)
Olahraga National Collegiate Athletic Association] Divisyen III – Southern California Intercollegiate Athletic Conference
Nickname Beavers
Jenis Swasta