InterCityExpress
InterCityExpress

InterCityExpress

InterCityExpress atau lebih popular dengan singkatan ICE merupakan sejenis kereta api laju yang dibina oleh Siemens AG. Perkhidmatan ini dikendalikan oleh Deutsche Bahn AG. Versi terbaru ICE ialah generasi ke-3, ICE 3, juga dipasarkan oleh Siemens di bawah nama Siemens Velaro. ICE bukan sahaja digunakan untuk perkhidmatan jarak jauh di Republik Persekutuan Jerman malah juga untuk perkhidmatan di negara jiran Jerman seperti ke Vienna, Austria, Zürich, Switzerland, Brussel, Belgium dan juga Amsterdam, Belanda. Untuk tahun 2007, satu jajaran baru dirancang yang akan menghubungkan Paris, Perancis dan Frankfurt, Jerman. Jajaran ini akan beroperasi menggunakan ICE dan juga Thalys, sejenis kereta api laju yang beroperasi di Perancis. Pengendali kereta api di Sepanyol,RENFE juga menggunakan kereta api berasaskan ICE 3 (Siemens Velaro). Versi yang lebih besar ditempah oleh China untuk perkhidmatan Kereta api Laju Beijing-Tianjin (CRH 3) dan juga oleh Russia untuk perkhidmatan Moscow-Saint Petersburg (Velaro RUS).