Moscow
Moscow

Moscow

Moscow (bahasa Rusia: Москва́, Moskva, IPA: [mɐ'skva]  dengar (bantuan·maklumat)) ialah ibu negara serta pusat politik, ekonomi, kewangan, pendidikan, dan pengangkutan yang terutama di Rusia. Terletak di tebing Sungai Moskva di Daerah Pusat Persekutuan yang terletak pula di bahagian barat Persekutuan Rusia, Moscow ialah bandar raya yang terbesar di Eropah. Bilangan penduduk tetap sebanyak 10.4 juta orang[1] merupakan sekitar 7% daripada jumlah penduduk Rusia.Dari segi sejarah, Moscow terletak di pusat tanah air Rusia dan merupakan ibu negara untuk bekas Kesatuan Soviet, serta Rusia Muscovy, negara pra-Empayar Rusia. Moscow juga merupakan tempat untuk Kremlin yang termasyhur, dan yang kini merupakan tempat kerja Presiden Rusia. Budaya seni bina dan seni pentas Moscow amat termasyhur di seluruh dunia. Moscow juga amat dikenali dengan Katedral Saint Basil, dengan kubah-kubah berbentuk bawang yang anggun, serta Katedral Christ Sang Penyelamat (Cathedral of Christ the Savior). Paderi Moscow yang tinggal di Biara Danilov merupakan ketua Gereja Ortodoks Rusia. Moscow masih merupakan pusat ekonomi yang terutama dan mempunai banyak bilionwan, dan sentiasa dianggap sebagai salah satu bandar raya yang termahal di dunia.[2]Rusia mempunyai banyak institusi sains dan pendidikan, serta kemudahan sukan. Sistem pengangkutannya yang rumit termasuk sistem metro yang amat masyhur untuk seni binanya serta merupakan sistem yang tersibuk di dunia. Moscow merupakan tuan rumah Sukan Olimpik pada musim panas 1980.