Sejarah Moscow

Rencana utama: Sejarah Moscow

Rujukan pertama kepada Moscow bertarikh dari 1147 ketika Putera Yuriy Dolgorukiy dari Kiev menjemput putera Republik Novgorod dengan perkataan-perkataan "marilah melawat aku, saudara, [marilah] ke Moscow."[3] Sembilan tahun kemudian, pada tahun 1156, Yuri Dolgorukiy memberikan perintah untuk membina sebuah dinding kayu untuk mengelilingi Moscow yang sedang berkembang. Dinding itu terpaksa dibina banyak kali.[4] Selepas penjarahan Moscow pada tahun 1237-1238, ketika oleh orang-orang Mongolia membakar bandar raya ini dan membunuh penduduknya, Moscow pulih dan menjadi ibu kota sebuah kerajaan yang berasingan pada 1327.[5] Kedudukannya yang baik di hulu air Sungai Volga menghasilkan pembangunan yang tetap dan selama bertahun-tahun, Moscow menjadi sebuah kerajaan yang stabil serta makmur, dan menarik banyak orang pelarian dari seluruh Rusia.

Di bawah Ivan I, Moscow mengambil alih Tver sebagai ibu kota Vladimir-Suzdal dan menjadi pemungut cukai yang tunggal kepada pemerintah-pemerintah Mongolia. Melalui pembayaran ufti yang tinggi, Ivan memenangi konsesi yang penting daripada Khan. Berbeza dengan kerajaan-kerajaan yang lain, Moscow tidak dibahagikan antara anak-anak lelaki Ivan I tetapi diwarisi keseluruhannya kepada anak sulungnya. Pada 1380, Putera Dmitry Donskoy dari Moscow mengetuai seangkatan tentera Rusia yang bersatu untuk mencapai satu kemenangan yang penting terhadap orang Mongolia dalam Perang Kulikovo. Selepas itu, Moscow memainkan peranan yang utama untuk membebaskan Rusia daripada penguasaan Mongolia. Pada 1480, Ivan III akhirnya membebaskan orang Rusia daripada penguasaan orang Tatar, dan membenarkan Moscow menjadi pusat kuasa di Rusia.[6] Ibu kota Rusia yang telah berpindah dari Kiev ke Vladimir, bertapak di bandar raya ini pada keakhiran pemerintahannya, dan Moscow sekali lagi menjadi ibu kota sebuah empayar yang kemudian merangkumi semua kawasan hari ini, iaitu Rusia, Siberia, dan bahagian-bahagian kawasan yang lain.

Abad ke-17

Abad ke-17 memperlihatkan banyak pemberontakan yang popular di Moscow, seperti pembebasan Moscow daripada penyerang Poland (1612), Rusuhan Garam (1648), Rusuhan Tembaga (1662), serta Pemberontakan Moscow (1682). Moscow berhenti menjadi ibu kota Rusia pada 1712, selepas pengasasan St. Petersburg oleh Peter Agung di pantai Baltik pada tahun 1703. Ketika Napoleon Bonaparte menyerang pada 1812, orang Moscow membakar bandar raya mereka sendiri dan memindahkan diri apabila angkatan Napoleon mendekati pada 14 September. Dilanda oleh kelaparan, kesejukan, dan saluran bekalan yang buruk, Angkatan Napoleon terpaksa berundur.

Abad ke-19

Pada Januari 1905, jawatan Gabenor Bandar Raya, atau Datuk Bandar diperkenalkan secara rasmi di Moscow, dan Alexander Adrianov menjadi datuk bandar Moscow yang pertama. Menyusul kejayaan Pemberontakan Rusia pada 12 Mac 1918, Moscow menjadi ibu negara Republik Sosialis Persekutuan Soviet Rusia dan Kesatuan Soviet, kurang daripada lima tahun kemudian.[7]

Tembok Kremlin dan latar langit Moscow, dengan Katedral Christ si Penyelamat di kiri dan Kremlin di kanan

Semasa Perang Patriotik Besar, Jawatankuasa Pertahanan dan Pegawai Turus Angkatan Tentera Merah Soviet ditempatkan di Moscow. Pada 1941, 16 divisyen sukarelawan negara (melebihi 160,000 orang), 25 batalion (18,500 orang) dan empat rejimen kejuruteraan ditubuhkan antara orang Moscow. Pada November 1941, Pusat Kumpulan Angkatan Tentera Jerman dihentikan di pinggir bandar raya dan kemudian diundurkan semasa Perang Moscow. Banyak kilang dipindahkan, bersama-sama dengan kebanyakan kerajaan, dan dari 20 Oktober, bandar raya Moscow diisytiharkan berada di bawah pengepungan. Penduduk yang tinggal membina dan mengendalikan pertahanan antikereta kebal ketika bandar raya itu dibedil dari udara. Joseph Stalin enggan meninggalkan bandar raya dan oleh itu, pegawai-pegawai turus dan majlis komisar rakyat terpaksa mengiringinya. Walaupun menghadapi pengepungan dan pengeboman, pembinaan sistem metro Moscow yang dimulakan pada awal dekad 1930-an diteruskan sepanjang peperangan dan pada akhir perang, beberapa landasan metro yang baru dibuka.

Pada 1 Mei 1944, pingat Untuk Pertahanan Moscow dan pada tahun 1947, lagi satu pingat, Untuk Peringatan Hari Ulang Tahun Moscow ke-800 diperkenalkan. Bagi peringatan hari ulang tahun bagi kemenangan Perang Dunia II yang diadakan pada 8 Mei 1965, Moscow merupakan salah satu daripada 12 bandar raya Soviet yang dianugerahkan dengan gelaran Bandar Raya Pahlawan.

Pada 1991, Moscow merupakan tempat percubaan rampasan kuasa oleh ahli-ahli kerajaan yang menentang pembaharuan Mikhail Gorbachev. Ketika Kesatuan Soviet dibubarkan pada tahun yang sama, Moscow terus merupakan ibu negara Persekutuan Rusia. Sejak masa itu, kemunculan ekonomi pasaran di Moscow telah menghasilkan ledakan peruncitan, perkhidmatan, seni bina, dan gaya hidup yang bersifat gaya Barat.

Lihat juga: Jata Moscow