Kremlin_Moscow
Kremlin_Moscow

Kremlin_Moscow

Kremlin Moscow (Bahasa Rusia: Моско́вский Кремль, tr. Moskovskiy Kreml,IPA: [mɐˈskofskʲɪj krʲɛmlʲ]), biasanya dirujuk sebagai Kremlin, adalah sebuah kompleks yang berkubu di tengah-tengah Moscow, menghadap ke Sungai Moskva di selatan, Katedral Saint Basil dan Dataran Merah ke sebelah timur, dan Taman Alexander ke barat. Ia adalah antara beberapa kremlin (kubu kota Rusia) yang paling terkenal dan meliputi lima istana, empat katedral, dan Tembok Kremlin disertakan dengan menara-menara Kremlin. Kompleks ini berfungsi sebagai kediaman rasmi Presiden Persekutuan Rusia.Nama Kremlin bermaksud "kubu dalam kota",[1] dan sering juga digunakan sebagai metonim untuk merujuk kerajaan Persekutuan Rusia dalam erti kata yang serupa dengan Rumah Putih yang digunakan untuk merujuk Pejabat Eksekutif Presiden Amerika Syarikat. Ia sebelum ini telah digunakan bagi merujuk kerajaan Kesatuan Soviet (1922-1991) dan anggota-anggota tertinggi (seperti setiausaha agung, perdana menteri, presiden, menteri, dan komisar). "Kremlinologi" merujuk kepada kajian politik Soviet dan Rusia.