Katedral_Saint_Basil
Katedral_Saint_Basil

Katedral_Saint_Basil

Katedral Vasily Yang Diberkati (Bahasa Rusia: Собор Василия Блаженного), atau lebih dikenali sebagai Katedral Saint Basil, adalah sebuah gereja yang terletak di Dataran Merah, Moscow, Rusia. Gereja ini yang kini dijadikan sebagai sebuah muzium secara rasminya dikenali dengan nama Cathedral of the Intercession of the Most Holy Theotokos on the Moat (Bahasa Rusia: Собор Покрова пресвятой Богородицы, что на Рву) atau Katedral Pokrovsky (Bahasa Rusia: Покровский собор).[5] Katedral ini telah dibina pada tahun 1555–61 atas perintah oleh Ivan Yang Ganas bagi memperingati penawanan Kazan dan Astrakhan. Sebagai salah satu mercu tanda dunia yang terkenal[6][7] ia merupakan bangunan kota tertinggi sehingga siapnya pembinaan Menara Loceng Besar Ivan pada tahun 1600.[8]Bangunan asal yang dikenali sebagai Gereja Trinity dan kemudian Katedral Trinity, mengandungi lapan buah gereja yang mengelilingi gereja ke-9 yang berada di tengah; gereja ke-10 dibina pada tahun 1588 di atas kubur santo tempatan iaitu Vasily (Basil).

Katedral_Saint_Basil

Status Aktif
Pecah tanah pada 1555 (1555)
Penetapan warisan 1990
Kriteria i, ii, iv, vi
Jenis seni bina Gereja
Agama Ortodoks Rusia
Status kegerejaan atau organisasi Muzium Sejarah Negara
Lokasi Dataran Merah, Moscow, Rusia
Tinggi (maks) 47.5 meter (156 ka)[3]
Sesi: ke-14
Wilayah Eropah dan Amerika Utara
Parti Negara Rusia
Tarikh dimasukkan 1990[4]
Laman web Cathedral of Vasily the Blessed
State Historical Museum
Koordinat geografi 55°45′9″N 37°37′23″E / 55.75250°N 37.62306°E / 55.75250; 37.62306Koordinat: 55°45′9″N 37°37′23″E / 55.75250°N 37.62306°E / 55.75250; 37.62306
Negara Rusia
Arkitek Barma dan Postnik Yakovlev[2]
Bil. kubah 9
Tahun ditahbiskan 12 Julai 1561 (1561-07-12)[1]
Bil. menara gereja 2
No. Rujukan 545
Jenis Budaya