International_Business_Times

International Business Times ialah akhbar dalam talian Amerika Syarikat[2] yang menerbitkan tujuh edisi kebangsaan dalam empat bahasa. Ia kadangkala dipanggil IBTimes atau IBT, menawarkan berita, pandangan dan komen editorial mengenai perniagaan dan perdagangan. IBT ialah salah satu sumber berita dalam talian terbesar di dunia, menerima 40 juta pelawat unik setiap bulan.[3] Nilai bersih 2013 berjumlah $21 juta.[4]IBTimes dilancarkan pada 2005; dimiliki oleh IBT Media,[5] yang dipisahkan dari Newsweek pada 2018,[6] dan diasaskan oleh Etienne Uzac dan Johnathan Davis. Ibu pejabatnya terletak di Daerah Kewangan Lower Manhattan, New York City.[7]