Ipoh
Ipoh

Ipoh

Ipoh ialah sebuah bandar raya bukit yang terletak dalam daerah Kinta, dan merupakan ibu negeri dan pusat pentadbiran Perak, Malaysia. Bandaraya ini terletak kira-kira 200 km ke utara Kuala Lumpur dan selatan Pulau Pinang, merupakan bandaraya ketiga terbesar di bahagian tengah Malaysia selepas Kuala Lumpur dengan perjalanan sepanjang 500 km sahaja untuk ke Kluang, Pulau Tioman, Johor dan Singapura. Datuk Bandar Ipoh sekarang ialah Dato' Zamri. Ipoh juga merupakan salah satu bandaraya yang sedang pesat membangun di Malaysia, terletak di antara Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Nama "Ipoh" diambil daripada pohon "epu" atau lebih dikenali sebagai "pokok Ipoh" dengan getahnya yang beracun dan digunakan oleh Orang Asli untuk panahan sumpitan mereka.Ipoh mendapat status bandar raya pada 27 Mei 1988, oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah. Ia terbahagi dua oleh Sungai Kinta kepada Bandar Baru Ipoh dan Bandar Lama Ipoh. Kini, "Ipoh" telah berada di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh atau Dewan Bandaraya Ipoh, di mana ia telah pun menyerap masuk pekan-pekan kecil yang berada disekitar bandar seperti Chemor, Jelapang, Falim, Menglembu, Tambun dan Tanjung Rambutan ke dalam wilayah Bandaraya Ipoh. Keretapi tren ETS Malaysia dari Kuala Lumpur adalah sampai di Stesen Ipoh terlebih dahulu. Stesen keretapi Ipoh juga merupakan stesen keretapi bersejarah di Malaysia. Pada zaman ini, perjalanan ke Pulau Pinang dan Kuala Lumpur adalah mengambil masa kurang daripada 2 jam sahaja untuk sampai ke destinasi menggunakan keretapi berkelajuan tinggi yang boleh mencapai 140-160km/j ini.Tan Sri Michelle Yeoh, pelakon bertaraf dunia juga adalah berasal dari Ipoh, Perak, Malaysia.

Ipoh

• Jumlah 710,798[1]
• Datuk Bandar Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim
• Musim panas (DST) Musim Panas dan Hujan
Ketinggian 21.95 m (72 ft)
Pengisytiharan sebagai Bandaraya 27 Mei 1988
Ditubuhkan Sekitar 1880
• Kepadatan 1,002.80/km2 (2,597.20/batu persegi)
Negeri Perak
Laman web Majlis Bandaraya Ipoh
Zon waktu UTC+8 (MST)
Negara Malaysia