Demografi Islam_di_Belarus

Kawasan dan bilangan komuniti Muslim di Belarus masih berkembang. Pada tahun 1997, terdapat 23 buah komuniti, termasuk 19 buah di kawasan-kawasan barat Belarus.

Pada 14-15 Jun 2006, hampir 100,000 orang Muslim daripada 25 buah komuniti di seluruh negara Belarus merayakan hari ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. yang ke-1430. Menurut Ibragim Kanapatsky, timbalan pengerusi Persatuan Islam Belarus, "Ini merupakan masa yang susah untuk kami kerana perasaan bercampur baur terhadap Islam di seluruh dunia, termasuk juga Belarus, selepas peristiwa-peristiwa di Kaukasia dan kawasan-kawasan pergolakan yang lain.

Pada tahun 1994, Kongres Muslim SeBelarus yang pertama diadakan dan menyebabkan Komuniti Republik Belarus Agama Islam dibentuk. Sejak dari saat itu, pertubuhan ini diketuai oleh Ibragim Aleksandrovich. Menurut Kanapatsky, pertubuhan Islam ini akan menumpukan usahanya pada pembinaan sebuah masjid yang baru di Minsk, serta juga pengubahelokan masjid di perkuburan-perkuburan Smilovichi dan Muslim di seluruh negara, umpamanya masjid-masjid di bandar-bandar: