Sejarah Islam_di_Iran

Kemaraan tentera Islam di Parsi pada 637-651 mengakhiri kegemilangan Empayar Sassanid dan seterusnya memusnahkan agama Majusi di Empayar Parsi. Namun begitu, tamadun Parsi tidak berakhir begitu sahaja. Ia mula berkembang bersama-sama dengan tamadun Islam.

Sebelum datangnya Islam di Parsi, kebanyakan orang Parsi beragama Majusi dan juga terdapat kumpulan minoriti beragama kristian atau nasrani dan Yahudi. Penyebaran Islam di Parsi merupakan sebuah proses yang perlahan. Penduduk-penduduk kota merupakan antara yang terawal memeluk Islam dan perlahan-lahan tersebar di kalangan petani dan dihqans atau ningrat. Pada abad ke 10, majoriti orang Parsi telah pun memeluk Islam dan kebanyakan mereka beraliran Sunah. Ajaran Syiah tiba di Parsi pada abad ke 15.