Jemaah Islam_di_Norway

Persatuan Masjid Islam Bergen (Det Islamske Forbundet i Bergen), seperti kebanyakan masjid-masjid Norway yang terletak di sebuah rumah bandar sederhana.

Masjid pertama di Norway ialah Pusat Kebudayaan Islam , yang dibuka di Oslo pada 1974. Inisiatif untuk masjid datagnya daripada orang Pakistan yang telah ditolong oleh Pusat Kebudayaan Islam yang telah dibuka di Copenhagen di Denmark. Masjid baru berpatuh pada mahzab deobandi Sunnah Waljamaah. Penganut-peganut mahzab barelwi, yang kebanyakannya orang Pakistan di Norway, kemudian berasa perlunya untuk sebuah masjid mereka sendiri, dan membuka Pusat Jama'at-e Ahl-e Sunnat pada 1976. Masjid ini ialah masjid terbesar di Norway hari ini, dengan lebih daripada 5000 anggota.

Dengan membesarnya penduduk Muslim, bilangan Masjid juga bertambah secara cepat. Asalkan jumlah bilangan Muslim rendah, adalah kebiasaan untuk banyak kumpulan berkongsi dalam satu masjid. Tetapi setelah kumpulan pendatang berlainan bertambah dalam bilangan mereka, keinginan untuk masjid berasingan untuk orang yang berlainan warganegara, bahasa dan mahzab bertambah. Masjid pertama Syiah, Anjuman-e hussaini, telah ditubuhkan pada 1975, dan pada awal 1980-an, masjid-masjid berasingan Maghribi dan Turki telah ditubuhkan.

Masjid-masjid telah menjadi penting, bukan sahaja dari segi tempat amal ibadah, tetapi juga sebagai tempat pertemuan untuk pengumpulan anggota-anggota minoriti. Beberapa buah masjid juga melakukan cara pekerjaan sosial yang berlainan, contohnya utama, mengaturkan pengangkutan kematian ahli-ahli balik ke negara asal mereka untuk pengebumian. Masjid-masjid kebanyakannya terletak di blok-blok sederhana bandar, dan tidak mudah dibezakan dengan ciri-ciri bandar-bandar yang lain. Sehingga 2005, hanya sebuah masjid yang dibina khusus dibina di Norway, yang dibina oleh Misi Islam Sedunia World di Oslo pada 1995. Pada asasnya, masjid telah menerima keizinan daripada Gamle Oslo borough untuk menyuarakan azan sekali seminggu. Pada 2000, ia menjadi masjid Norway pertama yang dapat menyuarakan azan. Kebenaran ini telah dibantah kepada pihak berkuasa daerah oleh pelampau-kanan Progress Party. Pemerintahan fylkesmann (gabenor daerah) Oslo dan Akershus menyatakan bahawa tiada izin yang diperlukan untuk menyuarakan azan, membiarkan masjid bebas untuk melakukannya pada kehendak mereka sendiri. Masjid berkeputusan untuk mengehadkan suara azan sekali seminggu.