Kerjaya Ismail_Haji_Bakar

Sehingga 2018, beliau telah berpengalaman selama 32 tahun dalam sektor perkhidmatan awam. Beliau telah menyertai sektor perkhidmatan awam dalam bidang Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik pada 13 Januari 1986. Pernah dilantik sebagai Pengarah Belanjawan, Pejabat Belanjawan Negara di bawah Kementerian Kewangan Malaysia dan Penasihat Kanan, Ibu Pejabat Bank Dunia dari 2008-201. Selain daripada itu, beliau juga adalah bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Malaysia dari 2014-2015.[4]

Ketua Setiausaha Negara

Beliau telah mempertimbangkan untuk mengkaji usul Kenaikan Gaji Tahunan untuk 2018 oleh CEUPACS berdasarkan kedudukan ekonomi negara dan menyatakan akan mengambil masa satu hingga dua tahun sebelum sebarang keputusan boleh diambil.[5]